Kedua pemimpin PAS dan DAP ini begitu berhati-hati menangani kemelut yang menimpa Perak sehari dua ini...
KECOH! Kecoh! Ketika pemimpin Pakatan Rakyat mencari dua Adunnya "hilang" lima hari lalu, tersebar pula berita kononnya dua Adun DAP juga turut "hilang" dan dikatakan sudah dipancing oleh BN.
Pendedahan Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Koo Ham yang menafikan desas-desus Adun Jelapang dari DAP, Hee Yit Foong, yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, telah menyertai Barisan Nasional (BN), amat melegakan semua pihak.
Ngeh mengakui pada mulanya pihaknya tidak dapat menghubung Hee namun dimaklumkan bahawa ada Exco Kerajaan Negeri DAP yang telah menghubungi ADUN berkenaan. Ini mennadakan, Adun Jelapang masih berada Pakatan Rakyat dan tidak keluar parti seperti yang didakwa.
"Beliau ada, tidak ke mana-mana... cuma beliau pulang ke kampungnya kerana hadiri majlis perkahwinan saudara beliau," kata Ngeh lapor mSTAR.
"Adun DAP (Hee) masih lagi kekal dan akan teruskan usaha mentadbir Perak... tidak ada sesiapa yang hendak keluar parti," katanya.
Ngeh berkata, beliau percaya khabar angin yang disebarkan kononnya Adun berkenaan keluar parti adalah tidak berasas dan sengaja disebarkan oleh pihak-pihak tertentu untuk menjejaskan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Dalam pada itu, Hee berkata, beliau kecewa dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang tidak menyiasat sebelum mengeluarkan kenyataan petang tadi.
"Lim tidak menghormati saya dan saya telah berada dalam parti ini selama 22 tahun. Saya tidak hadir mesyuarat tergempar hari ini (semalam) yang diadakan oleh Menteri Besar sebab saya kurang sihat dan menutup telefon saya," kata beliau pada sidang media di Ipoh.
1 ulasan:
This is a topic which is near to my heart... Take care!
Where are your contact details though?
Also visit my webpage ... diets that work
Catat Ulasan