Ini kerja mereka. BN sedang runding terus "membeli" dua ADUN PKR untuk menafikan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak namun MB Perak tetap meyakinkan kerajaan utuh sekalipun dengan majoriti satu kerusi!
NAMPAKNYA seminggu selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membuat kenyataan ada kemungkinan ADUN Pakatan Rakyat di Perak menyertai BN.
"Insya-Allah betul kot," kata beliau.
mSTAR.Online melaporkan hari ini, Pengerusi BN itu ditanya mengenai khabar angin yang tersebar luas bahawa beberapa ADUN dari Pakatan Rakyat di Perak akan menyertai Umno dan BN. Berita RTM tengahari tadi pula memetik Pak Lah sebagai berkata, "lebih dua orang Adun akan sertai BN dalam masa terdekat". Sejak BN kalah di Kuala Terengganu, suara Pak Lah tidak kedengaran dan kali ini tentunya khabar gembira buat PM yang akan bersara Mac ini, bila beliau bersuara.
Kenyataannya itu juga mencerminkan sudah ada dalam pengetahuannya tentang dua Adun PKR yang dikatakan "hilang" itu akan melompat BN. Dan tentunya, satu taklimat khas sudah diberikan kepada beliau bagaimana strategi BN untuk berkuasa semula di Perak.
Bernama pula melaporkan, Pak Lah yang juga Presiden Umno berkata, mereka ingin menyertai Umno kerana yakin dengan perjuangan parti itu. Begitulah kata Pak Lah bagi meniyakan tindakan BN "membeli" dua Adun PKR itu
"(Mereka akan) diterima dengan baik kerana itu pilihan mereka dan mereka hendak menyertai kita dalam perjuangan yang lebih besar dalam Umno dan BN... menjadi satu pengalaman baru dan memberi kesempatan untuk berjuang (dalam BN)," kata Abdullah.
Bagaimanapun, Abdullah tidak menyebut jumlah wakil rakyat dari PR yang akan menyertai BN ketika ditanya mengenai perkara itu walaupun, pemberita berdasarkan sumber yang mereka tahu, menyebut beberapa angka. Abdullah juga ditanya sama ada ADUN dari PR di Perak yang disebut-sebut akan menyertai BN sudah pasti untuk berbuat demikian ataupun telah menyertai BN.
"Bila semua dah jadi tentulah kita buat pengumuman (secara rasmi)," katanya. Perdana Menteri juga diminta mengulas sama ada terdapat kemungkinan akan ada wakil rakyat PR dari negeri lain, selain Perak, yang akan menyertai Umno dan BN.
"Kemungkinan tetap ada di mana-mana pun. Bila kita nak meramaikan ahli Umno ia terbuka untuk sesiapa juga. Bukan kita kata orang ini jangan. Kita hendak kalau datang dari parti lain nak masuk Umno (kita terima)," katanya.
Abdullah juga ditanya sama ada terdapat arahan untuk memancing ADUN PR di Perak sebagai membalas tindakan kerajaan PR di sana yang berjaya membawa masuk ADUN BN dari Bota, Datuk Nasarudin Hashim menyertai PR baru-baru ini. Perdana Menteri menafikan wujudnya arahan sedemikian.
"Kita tidak pernah beri arahan (sedemikian)...kata oh depa dah curi orang kita... kita curi orang depa," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan