KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 01, 2011

Pilih bulu bantuan: Mafrel gesa pengundi buat laporan dan SPR mesti bertindak




Presiden Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihak yang mendakwa berlakunya diskriminasi berhubung bantuan semasa untuk keluar mengundi  perlu membuat laporan dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) digesa memberi perhatian kepada isu ini.

Sebelum ini wujudnya dakwaan terdapat diskriminasi berikutan bantuan yang dihantar pasukan Polis, Tentera dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) hanya menumpukan kawasan kampung dan FELDA. Mereka mendakwa lebih banyak kemudahan pengangkutan dikerah ke kawasan Felda - yang merupakan penyokong kuat BN.

Sekurang-kurangnya dua pusat pengundian - SMK Kamarul Ariffin dan dewan serbaguna Kampung Paya Merah di bandar Labis terputus hubungan kerana teruk dilanda banjir. Kedua-duanya masing-masing merupakan pusat pengundian bagi Bandar labis Tengah dan Bandar Labis Timur yang didominasikan pengundi Cina dan dimenangi PAS dalam dalam pilihan raya umum. Daripada 12 daerah mengundi, PAS hanya memenangi di tiga daerah majoriti pengundi Cina pada 2008.

"Saya tak boleh nak pastikanlah adakah berlakunya diskriminasi begitu, mungkin kalau ada , maka pihak parti perlu membuat dakwaan atau laporan dan perkara ini perlu diberi perhatian oleh pihak SPR," katanya. Dalam perkembangan lain Syed Noh berkata terdapat undang-undang yang membolehkan SPR melanjutkan proses pengundian akibat bencana alam yang menimpa kawasan DUN Tenang bagi memberi ruang kepada pengundi. 

Beliau turut tidak menolak, proses pengundian terjejas akibat bencana alam yang berlaku sehingga menyebabkan peratusan yang keluar mengundi menurun, dan sepatutnya pihak SPR, polis dan bomba membuat persiapan lebih awal dalam menghadapi situasai seperti ini. 

"Mungkin juga SPR boleh menimbangkan untuk menambahkan masa mengundi, kerana situasi yang sama berlaku pada tahun 2004 semasa pilihanraya di Selangor, di mana tempoh mengundi tu bukan sehingga jam 5 petang tetapi ditambah setengah jam atau 1 jam untuk beri peluang kepada pengundi untuk mengundi, " katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan 71.8 peratus atau lebih 10,592 pengundi keluar mengundi sebelum membetulkannya kira-kira jam 10 malam tadi. Peratusan keluar mengundi rasmi pilihanraya kali ini mengikut SPR ialah 66.7 peratus atau kira-kira 9,736 pengundi mencatatkan penurunan berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak 73 peratus jumlah keluar mengundi.

2 ulasan:

Pemerhati berkata...

Betullah tu bantuan pengangkutan diberikan kpd orang2 yg susah!
Buat apa nak beri bantuan kpd orang yg kaya-raya di pekan. Pandailah mereka dan mereka mampu utk cari pengangkutan sendiri!

Tanpa Nama berkata...

dasar jahanam BN ini patut dikutuk. guna dan peralat jentera kerajaan. parti lawan parti bukan guna hak rakyta untuk godam parti lawan. bacul punya bn dan pemimpinnya kelas haprak.