Pengundi hantu di seluruh negara kini berjumlah tidak kurang 1.7 juta orang, didasarkan kepada jumlah awalnya sebanyak 322,936 orang pada tahun 2006 menerusi "Projek IC di Sabah". Anggaran tersebut dibuat berdasarkan perkiraan setiap mereka yang telah diberikan kad pengenalan menerusi projek itu pada 2006 telah mempunyai anak sekitar 3 atau 4 orang, dengan kesemua anak-anak mereka itu juga sudah berumur 21 tahun ke atas dan layak menjadi pengundi.
Penulis buku politik terkenal, Mutalib MD (gambar) mendedahkan, dalam masa yang sama, 322,000 orang warganegara asing telah dikesan menjadi pengundi hantu di Sabah bagi tahun ini sahaja yang juga dilahirkan menerusi Projek IC. Mereka yang terbabit itu warganegara Filipina, India, Pakistan dan Indonesia yang datang ke negara ini dengan status sebagai IMM 13 yang kemudian diberikan MyPR merah dan sekarang telah diberikan MyKad biru menjadikan mereka sebagai warganegara ini yang sah.
Kata Mutalib, kewujudan 322,936 pengundi hantu pada tahun 2006 yang kini telah berkembang menjadi 1.7 juta orang di seluruh negara tidak boleh dinafikan oleh pihak kerajaan kerana ia berdasarkan penyiasatan beliau selama 15 tahun.
"Perkara itu saya nyatakan dalam buku saya yang berjudul 'IC Projek - Agenda Tersembunyi Mahathir' yang diterbitkan pada tahun 2006. JPN sendiri turut akui buku itu sebagai buku yang bermutu dan turut dibahaskan di Parlimen," katanya ketika dihubungi Harakah.
Katanya lagi, walaupun Projek IC itu dilakukan di Sabah, mereka yang terbabit itu tidak terus menetap di Sabah, malah berkeliaran ke negeri-negeri lain di seluruh negara termasuk ke Kuala Lumpur lalu menjadikan mereka pengundi hantu di seluruh negara. Di Semenanjung Malaysia, pengundi hantu yang dilahirkan bukan melalui Projek IC seperti yang dilakukan di Sabah, tetapi dengan cara lain iaitu menerusi persatuan-persatuan tertentu yang tidak wujud dan dengan menggunakan cap jari.
"Mereka pakai persatuan-persatuan yang tidak wujud. Selepas itu, mereka ambil cap jari. Cap jari mereka itu akan diproses oleh JPN untuk diberikan IC kepada mereka bagi membolehkan mereka menjadi pengundi. Warganegara India pun ramai yang dapat IC dengan cara ini," tegasnya. Antara persatuan-persatuan tidak wujud yang digunakan oleh mereka itu, tegas beliau lagi, termasuklah Persatuan Suluk, Persatuan Bajau dan Persatuan Bugis.
"Dengan cara itu juga, kita jangan terkejut nanti jika pelajar-pelajar IPT dari Afrika yang nama dan pengenalan dirinya tidak terdapat dalam sistem JPN, tetapi ada dalam sistem SPR lalu diberikan IC oleh JPN untuk membolehkan mereka juga menjadi pengundi di negara ini," katanya.
Mutalib mendakwa, pandangan dan cadangan minoriti PSC berhubung penambahbaikan pilihanraya supaya dibersihkan daftar pemilih oleh SPR sememangnya berasas, namun ia enggan dibahaskan di Parlimen oleh para pemimpin Umno BN kerana ia jelas tidak akan menguntungkan mereka.
3 ulasan:
Berdasarkan sejarah, purata lama sesebuah parti memerintah Sabah hanya 9 tahun. Usno (1967-1976), Berjaya (1976-1985) dan PBS (1985-1994). Itulah trend politik orang Sabah masa lalu.
Tapi sejak BN memerintah Sabah pada 1994, keadaan telah berubah. BN dapat memerintah Sabah sehingga kini (18 tahun!) sebab para pendatang asing tanpa izin telah turut mengundi dalam pilihan raya umum negeri Sabah!
Hello! Would you mind if I share your blog with my twitter group?
There's a lot of folks that I think would really enjoy your content. Please let me know. Thank you
My page online graduate certificates
Do you mind if I quоte а few of yοur articles as long аs I provide cгеdit and sources back
to уouг weblog? My blog is in the veгy same areа of intereѕt as
yоurs anԁ my usеrs would certainlу benefіt
from some of the informаtion you provide hеre.
Pleаse let me know if thiѕ okay ωith you.
Мany thаnks!
Here iѕ mу ωebѕіte; payday loans
Catat Ulasan