BANYAK pihak mahukan pilihan raya kecil diadakan. Itu lebih baik untuk rakyat menentukan semula siapakah wakil rakyat mereka di Behrang dan Chang Jering. Tetapi, BN dapat menghidu bau busuk jika pilihan raya kecil itu diadakan juga.
Kekalahan memalukan komponen dacing itu di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, sukar dikubur begitu sahaja. Jadi, apakah peluang yang ada untuk menutup dan mematikan "surat maut" Speaker Perak kepada SPR itu? Apa yang terjadi dengan keputusan SPR mengekalkan Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu bagaikan mahkamah baru sudah wujud dalam SPR.
Barangkali, inilah sebab utama mengapa pilihan raya kecil perlu ditiadakan. Maka SPR jadi 'pak sanggup' untuk menujtup kegagalan "tender tertutup membeli" Jamaluddin dan Osman oleh BN. Setakat hari ini, apa yang dituruti SPR itu amat melagakan Najib Tun Razak. Jika tidak, belum tentu BN menang dan ia cuku-cukup mencederaparahkan imej Najib yang nak sangat jadi Perdana Menteri Mac ini.
Dengan 'mood' dan perkembangan yang ada dalam jiwa rakyat, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah, optimis dalam mana-mana sekalipun pilihan raya kecil Umno tidak boleh lagi berangan-angan untuk menang.
Katanya, bermula dengan pilihan raya kecil di Parlimen Permatang Pauh hingga di Kuala Terengganu, jelas trend pengundi sekarang menolak Umno dan Barisan Nasional (BN).
Sehubungan itu katanya, apabila Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar mengesahkan perletakkan jawatan kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, dan Changkat Jering memberi harapan besar kepada Pakatan rakyat, sekalipun akhirnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan kerusi kedua-dua ADUN berkenaan, 3 Februari lalu.
Wan Rahim hairan bagaimana SPR yang tidak mempunyai pilihan itu boleh membuat keputusan sebaliknya, dengan mengetepikan surat perletakan jawatan yang dihantar oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.
Jika keputusan SPR itu memihak kepada Kerajaan Perak, sudah pasti pilihan raya akan berlaku sama ada pada bulan Februari ataupun Mac.

2 ulasan:
hermes belt
pandora
curry 7 shoes
canada goose outlet
supreme clothing
chrome hearts outlet
pandora
curry shoes
jordan shoes
curry 8 shoes
l3p65r9t77 m9y85t9z38 m7t36a9q06 t5m32t4s14 z3z34z4m36 e9f65o4m89
Catat Ulasan