

By TARMIZI MOHD JAM
Sudah bersediakah kita untuk menuju Parlimen Malaysia pada 11 Disember ini? Menyatakan rasa protes kita bersama rakan-rakan BERSIH menuntut pilihan raya yang adil dan telus.
BN mengikut kehendak Pak Lah mahu melanjutkan khidmat Tan Sri Abdul Rashid, Pengerusi SPR yang sentiasa menurut perintah juak-juak BN agar menyambung setahun lagi, tahun depan.
Maka suatu akta akan dipinda bagi membolehkan usia pegawai-pegawai SPR dilanjutkan dari 65 kepada 66 tahun.
Agenda terselindung ini sebenarnya mahu membolehkan Tan Sri Rashid meneruskan usaha "jahatnya" membenamkan parti-parti pembangkang dalam pilihan raya umum ke 12 nanti.
Ayuh, kita beramai-ramai menuju ke Parlimen untuk berhimpun secara aman bagi menyatakan sikap kita terhadap agenda tidak hadhari itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan