KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Disember 11, 2007

Lapor (8): Pimpinan BA, Aktivis NGO Jadi Mangsa Kuku Besi Pemimpin Rakus BN!



By ANIS NAZRI & ROY RASUL

Kerajaan Barisan Nasional (BN) menunjukkan kuasa mutlak dan diktator mereka dengan membuat penahanan di bangunan Parlimen, termasuk menahan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar, berkata penahanan Mustafa itu tanpa apa-apa waran dan alasan munasabah. "Beliau yang merupakan pimpinan politik veteran, bekas Timbalan Menteri dalam tahun 70-an dan juga bekas ahli parlimen selama beberapa penggal ditahan tanpa sebarang alasan dan waran.

Apabila ahli parlimen pembangkang, PAS dan DAP bertanya dan bantah, tiada apa-apa jawapan daripada polis kecuali mengatakan bahawa 'ini adalah arahan dari atas' dan sebagainya," kata beliau di Parlimen.

Mustafa antara yang ditahan di Parlimen dalam perarakan bagi membantah pelanjutan tempoh perkhidmatan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, anjuran Bersih di Parlimen, pagi tadi.

Sementara itu, beberapa siri tangkapan sebelum ini turut melibatkan pimpinan PAS, KeADILan dan NGO serta antara yang turut menjadi mangsa adalah Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi, Dr Lo' Lo Haji Ghazali; Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim, Dr Mohd Nasir,Yap Swee Seng, Dr Dzulkifli Ahmad, Pengurus Pengiklanan Harakah, Mokhtar Rozaidi,Wong Chin Huat dan Gayathri.

Sebelum ini, pihak polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang Bersih daripada mengadakan perhimpunan di Parlimen pagi ini.

Ketua polis daerah Sentul telah mendapatkan perintah tersebut daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam.

Perintah itu - yang kedua selepas perhimpunan Hindraf pada 25 November - melarang empat individu serta penyokong Bersih yang lain daripada menghadiri atau menyertai perhimpunan tersebut.

Empat individu tersebut ialah Naib Presiden PAS,Mohamad Sabu; AJK PAS Pusat,Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; Adenaan Saad dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud.

Perintah itu juga menyatakan bahawa pihak-pihak berkaitan yang lain juga dilarang sama daripada menyertai perhimpunan tersebut.

Sementara itu, Dr Lo'Lo' yang ditahan pagi tadi berkata, beliau bersama 17 lagi tahanan dihidangkan jamuan tengah hari dengan nasi bungkus berlaukkan ikan tamban, sayur petola dan sup berserta air mineral.

Katanya, jamuan tersebut dihidangkan di kantin Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Jalan Hang, di mana tempat mereka ditempatkan sekarang. Beliau yang dihubungi Harakahdaily sebentar tadi berkata, semua mereka diberi makan tengah hari sebelum Zohor tadi.

Bagaimanapun katanya, yang tiba di IPK tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi tadi, belum lagi menjamahnya kerana masih tiada selera.

"Sedap ni, tapi saya tak ada selera lagi dan kami sekarang tengah siap bersolat Zohor dulu," katanya.

Menurutnya kesemua mereka sudah pun diambil keterangan diri oleh pegawai polis semasa berada di sana.

"Tak tahu lagi perkembangan seterusnya dan kami yang ditahan di sini masing-masing baca buku, berSMS dan macam-macam lagi," katanya. Katanya, buat masa ini kawalan ke atas mereka hanya kawalan biasa.

Tiada ulasan: