KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Disember 15, 2007

Lima Pelopor Hindraf Dipasung ISA & Kini Mula Merengkok Dalam Kem Tahanan Kamunting


Lima pelopor & penggerak Himpunan Aman Hindraf yang dipasung ISA, suatu undang-undang rimba yang tidak hadhari

By ROSLAN SMS

"MR CLEAN" sudah tidak clean lagi. Akhirnya Dollah terbukti tidak lagi mampu bertahan. Akta zalim ISA terpaksa digunakan juga digunakan oleh "Mr Clean".

Akta yang menahan seseorang tanpa bicara secara berterusan sehingga kiamat jika mahu, tertakluk kepada nafsu menteri.

Petang tadi 5 pemimpin Hindraf ditahan di bawah ISA kerana dikatakan mengancam keselamatan negara. Secara peribadi Hindraf memang membuat beberapa tuntutuan yang ekstrim dan tidak sihat dalam hubungan pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

Peguam yang menyokong Hindraf aktif terlibat dalam beberapa kes murtad kebelakangan ini dan memorandum Hindraf kepada PM Britain jelas menganggu masyarakat Islam di Malaysia.

Namun, saya tidak bersetuju yang undang-undang kejam dan lapuk ini digunakan terhadap mereka! Bukankah inisiatif telah diambil untuk mendakwa mereka di mahkamah terbuka dan mereka telah pun bersedia untuk membela diri.

Hempapkanlah apa sahaja pertuduhan di atas kepala mereka, tetapi ianya sepatutnya dibuat melalui saluran mahkamah dan bukannya melalui tindakan bacul seperti ISA ini.

Mengapa membuang masa, tenaga dan wang ringgit melalui mahkamah terbuka jika kesudahannya, akta puaka ini mahu digunakan!

Tindakan melalui ISA ini sesungguhnya membuktikan betapa tidak cekapnya pentadbiran Dollah walaupun kononnya disokong dan didokong oleh rakyat melalui pelabagi poll.

Satu demi satu sikap dan langkah Dollah sejak kebelakangan ini semakin kalut. Wajah yang kononnya "Clean" itu kini telah berubah menjadi hodoh dan memualkan.

Pemimpin Hindraf kini dibawa pergi secara paksa, mungkinkah selepas ini giliran Dollah pula?!!

Tiada ulasan: