KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Disember 10, 2007

Report (8): Mohd Sabu Sudah Dibawa Ke Bukit Aman


By HARAKAHDAILY

Selepas melalui proses yang cukup mendebarkan sejak jam 3 petang semalam, akhirnya Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu disahkan berjaya ditangkap pihak polis di Plaza Tol Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan, kira-kira pukul 8.45 malam tadi.

Beliau kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Selatan, di Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang, untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, semasa berhenti di plaza tol berkenaan, pihak keselamatan cuba melakukan kekerasan, dengan mengugut untuk memecahkan cermin kereta apabila Mohamad Sabu dan rombongannya yang diiringi polis dari Ipoh, Perak enggan "menyerah".

Ketika Mohamad Sabu dibawa ke IPD Nibong Tebal, hampir 1,000 orang penyokong dan pemimpin PAS sekitar Pulau Pinang, Perak dan Kedah sudah berkumpul di sana. Sepasukan FRU, membabitkan lebih 100 anggita juga dikerah untuk mengawal keadaan.

Tanpa menunggu lama, Naib Presiden PAS itu kemudiannya segera dibawa keluar dengan sebuah kereta Proton Wira, dipercayai ke Bukit Aman, Kuala Lumpur. Beliau yang duduk di kerusi belakang kereta itu, kelihatan diapit oleh dua anggota polis berpakaian preman, jam 10.30 malam.

Mohamad Sabu cuba ditahan polis dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang, berdekatan Sunway City, Tambun, Perak, sebaik sahaja selesai menghadiri kenduri kahwin anak perempuannya di rumah pengantin lelaki lebih kurang jam 3 petang semalam.

Dipercayai beliau ditahan di bawah Akta Polis, Seksyen 27(5)(a), ekoran perhimpunan aman anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di hadapan Istana Negara, 10 November lalu.

Tiada ulasan: