Oleh ZAHARIN YASSIN (SANG KELEMBAI)
Bagi mereka yang bersembahyang lima waktu, khasnya mereka yang bersembahyang subuh dan mengamalkan apa yang disunatkan bertafakur iaitu sujud sekurang kurang seminit selepas membaca doa, mengikut perubatan Islam perlakuan ini boleh mengelak kita dari pening atau migrain.
Ini dibuktikan oleh para saintis yang membuat kajian, kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah dan dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
Tetapi hari ini rakyat Malaysia semuanya pening. Bukan pening kerana ruangan di kepala yang tidak dipenuhi darah seperti hasil penyelidikan sains tetapi pening kerana beberapa kenyataan pemuka kerajaan, dari seorang Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, dan juga pesara politik berhubung dengan isu Hindraf -Hindu Rights Action Force yang pada asalnya hendak menghantar surat kepada pejabat Suruhanjaya Tinggi British dan kemudian bertukar menjadi demonstrasi jalanan.
Di Batu Pahat, seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 7hb Disember, Abdullah Hj Ahmad telah mengarahkan PDRM- Polis Diraja Malaysia supaya sentiasa memantau rapi semua kegiatan Hindraf termasuk mengenai kaitannya dengan gerakan pengganas antarabangsa
Ditanya apa bentuk tindakan hasil pemantauan pihak berkuasa setakat ini terhadap Hindraf memandangkan kumpulan ini dikatakan boleh mengancam keselamatan negara, Perdana Menteri berkata: “Bila sudah sampai tahap berbahaya, kita tahu apa kita akan buat.
Apakah maksud sudah sampai tahap berbahaya yang dikatakan oleh seorang Perdana Menteri yang terkenal dengan tidak membaca dan lebih mementingkan tidur dan “holiday” dari hendak mengetahui soal pentadbiran dan keselamatan negara.
Ini dibuktikan oleh para saintis yang membuat kajian, kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah dan dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
Tetapi hari ini rakyat Malaysia semuanya pening. Bukan pening kerana ruangan di kepala yang tidak dipenuhi darah seperti hasil penyelidikan sains tetapi pening kerana beberapa kenyataan pemuka kerajaan, dari seorang Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, dan juga pesara politik berhubung dengan isu Hindraf -Hindu Rights Action Force yang pada asalnya hendak menghantar surat kepada pejabat Suruhanjaya Tinggi British dan kemudian bertukar menjadi demonstrasi jalanan.
Di Batu Pahat, seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 7hb Disember, Abdullah Hj Ahmad telah mengarahkan PDRM- Polis Diraja Malaysia supaya sentiasa memantau rapi semua kegiatan Hindraf termasuk mengenai kaitannya dengan gerakan pengganas antarabangsa
Ditanya apa bentuk tindakan hasil pemantauan pihak berkuasa setakat ini terhadap Hindraf memandangkan kumpulan ini dikatakan boleh mengancam keselamatan negara, Perdana Menteri berkata: “Bila sudah sampai tahap berbahaya, kita tahu apa kita akan buat.
Apakah maksud sudah sampai tahap berbahaya yang dikatakan oleh seorang Perdana Menteri yang terkenal dengan tidak membaca dan lebih mementingkan tidur dan “holiday” dari hendak mengetahui soal pentadbiran dan keselamatan negara.
Bukankah kepimpinan dalam Islam tidak pula diketahui ini terkandung dalam ajaran Islam Hadhari - ada had dan ada hari, telah mengajar pemukanya supaya membuat keputusan dalam dua perkara, ia itu masuk akal dan informasi yang diperolehnya.
Rakyat memang tidak tahu cara mana Polis menyiasat mereka yang terlibat dalam Hindraf. Adakah seperti di zaman Rasulullah SAW dalam perang Badar bila tertangkap penggembala Quraisy dan bila ditanyakan jumlah Pasukan Quraisy dan penggembala tidak menjawab dengan baik, maka dipukul oleh para sahabat, hingga Rasulullah SAW menanyakan sendiri kepadanya, “Berapa ekor unta yang mereka sembelih” lalu dijawab penggembala itu, “Antara Sembilan hingga sepuluh.” Rasulullah lalu berkata, “Kalau begitu kekuatan mereka antara sembilan ratus hingga seribu orang.”
Soalnya sekarang berapa orang yang betul-betul terlibat dalam Hindraf, jangan dikira yang berdemonstrasi kerana mereka datang menyertai perhimpunan itu tidak mustahak dikira tetapi yang hendak diketahui siapa penggeraknya?
Jika soalan ini hendak dijawab, tidak seorang pun boleh menjawab tepat termasuk PDRM sendiri kerana perkara atau isu ini, pada awalnya perkara keselamatan dan ketenteraman awam sudah menjadi perkara politik dan sudah dilupakan perkara keselamatan. Mengikut kata sarjana dan ulama Islam terkemuka asal Palestine - Taqiyuddin An-Nabhani dalam Ilmu berfikir menyatakan:
“Sedangkan berfikir politik, di samping memerlukan informasi terdahulu yang setaraf dengan pemikiran yang sedang di bahas, juga memerlukan informasi terdahulu pada topik yang sedang dibahaskan itu sendiri, tidak cukup hanya yang berkaitan atau yang mirip dengan pemikiran yang sedang di bahas, atau yang biasa digunakan untuk mentafsirkan proses berfikir. Kerana itu berfikir tentang teks-teks politik termasuk jenis proses berfikir tentang teks-teks pemikiran.
Apabila berfikir politik, ini merupakan proses berfikir tentang berbagai berita dan kejadian dan pengaitannya dengan berbagai peristiwa, maka berfikir politik seperti ini berbeza dari jenis proses berfikir lain yang ada.
Tidak mudah diterapkan satu kaedah pun dalam proses berfikir politik ini, bahkan hampir-hampir tidak boleh dihubungkan dengan suatu kaedah (aturan berfikir - the rule of thinking). Kerana itulah, berfikir politik termasuk jenis proses berfikir yang paling tinggi dan sulit.”
Kesimpulanya bila KPN-Ketua Polis Negara membuat kenyataan seperti boleh berunding dengan pemimpin Hindraf, pada realitinya mereka sudah dituduh dalam mahkamah dan ada yang telah mendapat perintah injunksi dilarang berada di kawasan pejabat Suruhanjaya Tinggi British.
Keduanya bila mengatakan bahawa proses memohon permit perhimpunan sebagai sebahagian Perlembagaan dan akhirnya mengatakan bahawa Hindraf, satu pertubuhan tidak berdaftar dan belum termasuk lagi soal hubungan dengan pihak militan di luar negeri maka kenyataan KPN tersebut oleh diibaratkan sebagai menghina minda.
Jika kita membaca Seksyen 27.(2) dalam Akta Polis 1967 atau dikenali Akta 344 dengan jelas menyebut bidang kuasa KPD-Ketua Polis Daerah “dan jika pegawai polis itu berpuas hati bahawa perhimpunan, perjumpaan atau perarakan tidak mungkin memudaratkan kepentingan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya atau membangkitkan kekacauan keamanan, dia hendaklah mengeluarkan suatu lesen dalam bentuk yang ditetapkan dengan menyatakan nama pemegang lesen itu dan menerangkan syarat-syarat atas perhimpunan, perjumpaan atau perarakan itu dibenarkan:
Dengan syarat bahawa pegawai polis itu boleh pada bila-bila masa membatalkan lesen itu atas apa-apa alasan yang membolehkan lesen tidak dikeluarkan di bawah subseksyen ini.”
Yang menjadikan orang awam atau yang berminat dalam isu Hindraf ini ialah cara-cara Kerajaan khasnya Polis menangi isu Hindraf ini dan ada masanya tindakan polis itu sama seperti dikatakan orang “mabuk todi” atau bercakap selepas secara tidak siuman seperti semua buta dia seorang sahaja yang ada mata, maka jadilah dia raja. Cuba dibaca dengan teliti Subseksyen (2a) dalam Akta yang sama:
“(2A) Sesuatu permohonan untuk mendapat lesen di bawah subseksyen (2) hendaklah dibuat oleh suatu pertubuhan atau bersama oleh tiga orang individu.”
Dan jika dibaca Subseksyen 2(B) dengan jelas bahawa Polis boleh menolak permohonan yang dibuat oleh tiga orang individu jika berpuas hati permohonan tersebut sebenarnya dimaksudkan untuk diadakan, dikumpulkan atau dibentuk oleh sesuatu pertubuhan.
Banyaklah orang bertanya pula, kenapa Polis pada mula lagi sebelum perhimpunan itu diadakan, tidak memberi tahu kepada semua orang melalui media sama ada akbar atau televisyen bahawa Polis tidak akan mengeluarkan lesen perhimpunan tersebut kecuali kebebasan individu tertentu untuk menghantar suratnya ke pejabat Suruhanjaya Tinggi British kerana terikat dengan Subseksyen (2D).
Sebaliknya Polis lebih senang dengan cara provokasi dengan membuat sekatan Jalan Raya seluruh pintu masuk ke Kuala Lumpur dan hanya sekadar mengingatkan perhimpunan itu ialah perhimpunan haram yang tak diberikan lesen tanpa memberi tahu lesen tidak dikeluarkan kerana Hindraf itu pertubuhan haram. Cuba baca pula sepenuhnya Subseksyen 2(D)
“Tiada lesen boleh dikeluarkan di bawah subseksyen (2) atas permohonan suatu pertubuhan yang tidak didaftarkan atau selainya diiktiraf di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat-kuatan di Malaysia”
Bukankah mudah pengurusan krisis jika berterus terang. Jika sudah dinyatakan bahawa satu pertubuhan yang tidak berdaftar dan lesen tidak dikeluarkan kerana sebab tertentu, agak-agak hendak ke rakyat keturunan India akan datang ke Kuala Lumpur dan berhimpun?
Dan rakyat yang menjadikan kedaulatan undang-undang sebagai pegangan sudah pasti akan marah. Tetapi kenapa KPN sembunyikan fakta ini, dan selepas menjadi huru-hara, barulah disebutkan bahawa Hindraf tidak berdaftar. Apakah tujuan konspirasi ini?
Hanya sekadar untuk menjadikan isu ke arah perpaduan nasional atau mengalihkan isu.
Isu tidak popular pentadbiran Abdullah Hj Ahmad bukan boleh dibetulkan macam air banjir di Johor ia itu di alihkan atau diluruskan sungai atau parit. Sampah sarap yang ada dalam pentadbiran cucu Ulama Arifbillah - orang yang mengenal tuhan dan anak tokoh ugama ini sudah menjadi bukan sekadar bukit sebaliknya sudah menjadi gunung, dengan kepentingan anak dan menantu, rasuah yang bermaharajalela lela, dan keadaan “hilang kawalan”
Janganlah menghina cara berfikir rakyat, janganlah kita bangga melahirkan angkasawan dalam masa yang sama angka-angka orang kena penyakit sawan terus bertambah. Hentikan kesemua polemik yang tidak menguntungkan negara ini.
Janganlah tunggu nasi menjadi bubur. Jika perlu mereka dalam Hindraf perlu ditahan dalam Akta Keselamatan Dalam negeri tetapi dalam yang sama jangan pula kita sediakan pula untuk mereka mendapatkan habeas corpus seperti lebih awal menyatakan bahawa Hindraf sudah terlibat dengan satu pergerakan pengganas di Sri Langka.
Jika terdapat orang-orang Malaysia keturunan India terlibat dengan keganasan di Sri Langka, jika dia memberi bantuan kewangan, itu bukan satu perkara pelik.
Malaysia pun pernah membantu negara - negara dan pertubuhan Islam lain atas nama Islam tertindas tetapi jika mengatakan Hindraf minta bantuan dari luar negara, sewajarnyalah tindakan pembuktian perlu dibuat dengan mendakwa mereka-mereka.
Janganlah pemikir keselamatan yang terdiri dari orang-orang Melayu dan Islam mengeruhkan suasana dengan sengaja untuk kepentingan segelintir orang yang gila kuasa. Rakyat Malaysia tetap menolak keganasan.
Rakyat Malaysia tidak akan berkompromi dalam isu-isu melibatkan perpaduan, keamanan, kemakmuran dan keselamatan negara hanya kerana seorang yang bernama ABDULLAH HJ AHMAD.
Sang Kelembai: Dalam Al-Quran di ayat Hud ayat 118 Allah SWT berfirman "Jika tuhan menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih (pendapat). Barang siapa yang tidak mampu berinteraksi dengan hukum itu, dia pasti akan kehilangan banyak hal, dan akan menimbulkan faktor-faktor konfrontasi dan perlanggaran sesama kita. Abdullah Hj Ahmad akan mengira, bahawa kebenaran hanya ada pada mereka, dan kebenaran hanya milik mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan