KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Disember 11, 2007

Lapor (16): 16 Ahli Parlimen BOIKOT dan Ke Luar Dewan Bantah Pinda Akta



Diterjemah Dari MALAYSIAKINI
Oleh TRANUNGKITE

16 orang ahli parlimen yang terdiri dari pembangkang telah keluar dari persidangan dewan hari ini kerana memprotes penangkapan 24 orag peserta Bersih yang ingin menyerahkan memorandum kepada Speaker Dewan Rakyat pagi tadi.

Keenambelas ahli parlimen tersebut, terdiri dari anggota parlimen DAP dan PAS yang hadir, keluar dewan pada 3.55 petang di hadapan Timbalan Perdana Meneri Dato Seri Najib Abdul Razak.


Perdana Meneri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadualkan menggulung perbhaan pada pukul 4 petang.

Wakil tunggal PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak ada di Dewan ketika itu. Tindakan memboikot berlaku sebaik sahaja M Kula Segaran (DAP-Ipoh Barat) habis membahaskan pindaan rang undang-undang untuk perlanjutan umur persaraan ahli Suruhanjaya Pilihanraya dari 65 ke 66 tahun, satu pindan yang telah menerima kritikan hebat dari pelbagai pihak.


Ahli Parlimen tersebut telah membantah pindaan tersebut dan mengutuk penangkapan yang dilakukan oleh polis hari ini.

“Kami merasakan tidak ada makna untuk berbahas lanjut terhadap rang undang-undang apabila penangkapan yang berlaku sebenarnya telah menyekat kebebasan kami untuk bersuara d dalam dan di luar Parlimen.


“Kita yang meranka undang-undang di dalam Parlimen dan Parlimen merupakan badan perundangan yang tertinggi. Bagaimana pihak polis boleh masuk dan mula melakukan penangkapan?” tegas Kula Segaran apabila dihubungi kemudian.

Pindaan rang undang-undang itu telah diluluskan sebulat suara oleh ahli parlimen BN pada 4.50 petang.

Tiada ulasan: