By TARMIZI MOHD JAM
Tidak jauh jaraknya. Kira-kira selepas 30 minit saya menerima SMS dari Bendahari Eksekutif Yayasan Muslimin Malaysia, Shahruddin Kemi, saya menerima pula panggilan dari rakan lama, Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman.
SMS dari Shahruddin tadi berbunyi "Anak ke-2 (19 tahun) Haji Muhammat Puzi meninggal dunia malam tadi akibat kemalangan jalanraya. Jenazah masih di hospital. Alamat No. 10, Jalan 14/23B, Danau Kota, Setapak."
Saya menerima SMS itu dalam perjalanan LRT ke The Mall, PWTC.

Haji Muhammat Puzi adalah antara pemegang Lembaga Pengarah Yayasan Muslimin Malaysia Bhd, sebuah badan NGO yang perpangkalan di Seri Gombak.
Sementara itu, Lutfi pula mengkhabarkan kepada saya bahawa isteri Sdra. Amran Baharom telah kembali ke RahmatulLah pagi tadi di Hospital Selayang kerana sakit barah payu dara.
Beliau menefon saya ketika saya sedang berurusan di kaunter SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) memperbaharui lesen syarikat perniagaan di The Mall, PWTC.
Amran adalah rakan penulis sebelum dan sewaktu reformasi 1999. Kini beliau antara pensyarah UIAM di Gombak.
Apapun, saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada Haji Muhammat Puzi dan Sdra. Amran atas kehilangan orang tersayang dalam keluarga dan kehidupan. Semoga terus tabah dan konsisten dalam menjalani ibadah kerja seharian. --- Al-FATIHAH!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan