By ANWAR IBRAHIM
Sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi tadi saya ditahan oleh pegawai Imigresen yang memaklumkan bahawa nama saya telah timbul dalam “senarai yang disyaki”.
Tiada penjelasan tambahan yang diberikan. Setelah itu paspot saya dikembalikan dan saya meninggalkan lapangan terbang.
Dengan menggunakan alasan keselamatan awam, dalam tiga hari kebelakangan ini pihak berkuasa telah meningkatkan tekanan terhadap rakyat Malaysia dan menahan pimpinan pembangkang dan badan bukan kerajaan.
Tindakan melampau ini petanda jelas kepimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sudah sampai ke penghujungnya.
Di Malaysia, rasuah terus menular di kalangan pimpinan UMNO dan BN. Keyakinan orang ramai terhadap sistem kehakiman telah punah.
Jenayah telah meningkat. Ekonomi semakin lesu dan media perdana kawalan UMNO-BN masih dikuasai kerajaan.
Rakyat Malaysia telah turun ke jalan untuk turut serta dalam perhimpunan aman untuk mendesak perubahan sistem pilihan raya.
Dalam insiden terbaru, pejuang hak asasi telah ditangkap kerana ingin membiarkan kain rentang Hak Asasi Manusia terus berkibar di DataranMerdeka.
Kerajaan telah bertindak balas dengan menggunakan ancaman ISA untuk menakut-nakutkan pimpinan masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan