KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Disember 12, 2007

Lapor (25): Dollah Bedawi Cabul Demokrasi Berparlimen Dalam Parlimen!


By ROSLAN SMS

SAYA apabila melihat video penangkapan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato Mustapha Ali di pintu masuk menuju ke lobi Parlimen siang tadi, saya tidak percaya yang ianya berlaku di Bangunan Parlimen Malaysia.

Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi negara, kewujudan parlimen itu sendiri adalah simbol betapa subur dan hadirnya demokrasi dalam negara ini.

Institusi keramat inilah melahirkan yang undang-undang dan peraturan yang menjamin dan membela kepentingan awam dan negara. Ia digubal dan diluluskan oleh wakil-wakil yang dipilih rakyat secara sah.

Demokrasi itu sendiri menurut istilah Greek nya bermaksud pemerintahan oleh rakyat. Tiga buah intitusi penting yang membentuk sebuah negara demokrasi adalah eksekutif, kehakiman dan legsilatif atau dalam hal kita, parlimen.

Negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen menganugerah dan menjamin hak asasi untuk rakyatnya. Hak bersuara, hak berhimpun antaranya dijamin oleh sebuah negara seumpama ini.

Kerana itu apabila saya melihat Dato Mustapha ditangkap dan diseret dari pintu masuk menuju lobi parlimen, untuk disumbat ke dalam van polis, saya merasakan Parlimen Malaysia yang berusia 50 tahun itu sudah cacat, sudah sumbang, sudah songsang amalh sudah diperkosa dengan begitu rakus dan biadap sekali.

Penjenayah dan pengganas tidak berkumpul di parlimen, kerana ianya institusi perundangan. Hanya mereka yang percaya dan yakin kepada demokrasi berparlimen sahaja mahu berteduh dan berlindung di bawah bumbung parlimen.

Hari ini Dato Mustapha dan ramai lagi pencinta demokrasi ditangkap dan diseret, bagaikan penjenayah dan pengganas besar, semata-mata kerana mereka mahu suara mereka didengari oleh parlimen.

Jika kerajaan pada hari ini sudah tidak menghormati lagi rakyatnya sendiri. Kepentinganperibadi dan politik pemimpin dalam kerajaan lebih penting dari hak asasi dan kebebasan rakyat serta ketinggian parlimen, maka kerajaan hari ini sesungguhnya sudah tidak lagi mendaulatakan parlimen dan hak rakyat.

Tidak pernah dalam sejarah 50 tahun merdeka, rakyat warganegara kita sendiri ditangkap dan ditahan di bangunan parlimen!Dollah Badawi telah mencemarkan institusi parlimen.

Hari ini ditangan kononnya Mr Clean, kewibawaan dan integriti parlimen sebagaimana badan kehakiman telah tergugat dan diaibkan.

Masanya tiba untuk kita menebus dan mengembalikan maruah negara dan kita tidak ada pilihan lain melainkan merobohkan kongkongan BN di Parlimen.

Tiada ulasan: