KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Disember 11, 2007

Lapor (11): Tangkap Rakyat Yang Tak Setuju Rashid Panjangkan "Tugasnya" Dalam SPR Bagi Menangkan BN!



By TARMIZI MOHD JAM

Semalam sehari suntuk saya berada di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. Bangunan megah dan angkuh yang berdiri menjadi lambang kesombongan pemimpin Umno di negara ini.

Oleh kerana menunggu keangkuhan Peguam Negara, Abdul Ghani Petail yang mahu sendiri membawa pendakwaan terhadap Naib Presiden PAS, Mohd Sabu, Tian Chua, Gobala Krisnan dan 12 Aktivis Unit Amal, maka saya terpaksa berkampung di mahkamah tersebut.

Mahkamah mula bersidang kira-kira jam 4.30 petang dan berakhir jam 7.20 malam. Saya tiba ke mahkamah kira-kira yang 10 30 pagi bersama mantan Setiausaha Agung Partai Rakyat, Cikgu Ishak Surin.

Dari pagi lagi menunggu dan menunggu kes bermula tetapi hampa. Agak ramai juga pemimpin PAS dan NGO yang turun padang memberikan sokongan.

Saya sempat bertemu hampir ke semuanya. Dr, Mohd Hatta, Mahfuz Omar, Ustaz Ahmad Awang, Dato' Kamaruddin Jaafar, Hanifa Maidin, YB Sallahuddin Ayub, Haji Mohd Noor Mohd, Athirah Al-Jundi, Dr. Zulkifli Ahmad, Ustaz Nazir Zakaria, Dr, Mohd Nasir Hasyim, S. Arutchelvan, Misbahul Munir Masduki, Ronnie Liu dan rakan baik saya Mokhtar Rozaidi.

Penarik Beca (pengendali Blog Penaraik Beca) juga terkebil-kebil marah kerana menunggu terlalu lama perbicaraan.

Akhirnya, semua tertuduh dibenarkan ikat jamin dan diberi amaran agar tidak terlibat lagi dengan himpunan "haram" dalam tempoh jaminan itu.

Mohd Sabu diikat jamin sebanyak RM7,000, Tian Chua RM5,000 dan Gobala Krisnan RM3,000. Manakala dua aktivis Unit Amal yang dibawah umar diikat jamin RM1,000 sementara yang lain RM2,000 setiap seorang.

Itu semalam 10hb. Dis 2007. Hari ini pula11hb. Dis 2007 lebih 20 orang ditahan polis dan tentunya hari ini juga mereka akan diseret ke Mahkamah Jalan Duta untuk perbicaraan.

Mereka ditahan kerana mahu menghantar memorandum ke speaker Dewan Rakyat berhubung bantahan untuk Dewan meminda Akta bagi membolehkan Tan Sri Rashid (Pengerusi SPR) dilanjutkan tempoh perhambaannya terhadap Umno setahun lagi dari 65 kepada 66.

Rashid akan bersara pada 31 Dis 2007 ini, tetapi memandangkan kerjanya yang cukup berkesan dan lagaknya yang kalis malu dan muka tembok, maka Pihak BN mahu menyambung tugasnya bagi mempastikan kemenangan besar dalam pilihan raya umum akan datang berpihak kepadanya.

Berikut senarai Pejuang-Pejuang Hak Rakyat yang ditahan dalam Ops Padam pada 11 Disember 2007 di luar bangunan Parlimen. Mereka ialah:

01 - Dr. Hatta Ramli (Bendahari PAS)
02 - Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Ketua Dewan Muslimat PAS)
03 - Dato’ Mustafa Ali (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat)
04 - Dr. Lo’ Lo’ Ghazali (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat)
05 - Ustaz Nasruddin Tantawi (Timbalan Ketua Pemuda PAS)
06 - Dr Dzulkifli Ahmad (Ketua Pusat Penyelidikan PAS)
07 - Tan Sri Khalid Ibrahim (Setiausaha Agung PKR)
08 - Tian Chua (Ketua Penerangan PKR)
09 - Ang Hiok Gai (Ahli MPT KeADILan)
10 - Dr Nasir Hashim (Pengerusi Protem Parti Sosialis Malaysia)
11 - S. Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM)
12 - A. Sivarajan (Ahli Jawatankuasa Pusat Protem Parti Sosialis Malaysia)
13 - Yap Swee Seng (Pengarah Eksekutif Suaram )
14 - Abdul Razak Ismail (Koordinator Informasi, Labour Resource Centre)
15 - Wong Chin Huat (WAMI)
16 - Mokhtar Rozaidi (Pengurus Iklan Harakah)
17 - Mien Lor (KOMAS)
18 - V. Gayathry (CIJ)
19 - Azira Ariffin (Aktivis)
20 - Hashim Awang (Aktivis)
21 - Mohd Sabri Shafie (Aktivis)
22 - Mohabadilah Muda (Aktivis)
23 - Abdul Muhaimin Roslan (Remaja 13 Tahun)

Anda bila lagi? Tabik spring pada adik Abdul Muhaimin Roslan, 13 tahun yang berani turun mengikut barangkalai ibubapanya ke pentas himpunan.

Saya juga bertanya, bila lagi? Marilah sama-sama mempastikan perjuangan untuk menuntut hak dalam sebuah negara merdeka menjadi kenyataan.

Ingatlah, perjuangan kita adalah jauh lebih utama dari menuntut sebuah negara demokrasi.

Tiada ulasan: