KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Disember 12, 2007

Lapor (26): Bagaimana Polis Bertindak Menangkap Pemimpin & Aktivis BERSIH?



By AMIN ISKANDAR

SEJAK dari malam semalam polis telah mengadakan sekatan dibeberapa jalan masuk ke Kuala Lumpur.

Tujuannya kali ini ialah untuk memastikan perhimpunan aman BERSIH yang ingin menghantar memorandum bantahan ke Parlimen terhadap usul untuk melanjutkan kontrak Tan Sri Rashid, Pengerusi SPR.

Sesampainya kejalan masuk ke parlimen, kelihatan Tian Chua dan pembantunya Razak sedang ditahan. Walaupun belum ada lagi perhimpunan dimulakan, Tian dan Razak telah ditarik dengan ganas oleh pihak polis seolah-olah mereka adalah ketua pengganas.

Kejadian berlaku lebih kurang pukul 10 lebih (11 Disember 2007).

Selepas kekecohan itu dalam masa 2 minit, polis bergegas menangkap dua orang lagi, rupa-rupanya Saudara Arul dan Sivarajan dari PSM. Disitulah aku ternampak seorang polis memegang sebuah buku kecil yang terdapat gambar-gambar orang-orang yang mereka ingin tangkap.

Kemudian ternampak Dr Hatta, Dr. Lo’Lo, Dr. Nasir, Ang bersama beberapa orang rakan-rakan penyokong BERSIH berkumpul, tiada apa yang dilakukan cuma berdiri dan berbual-bual sesama sendiri.

Kemudian wartawan menyerbu dan bertanya soalan kepada Dr. Hatta. Sedang Dr. Hatta memberikan kenyataan, polis menyerbu dan menangkap kesemua yang ada berhampiran dengannya termasuklah Dr. Nasir, Ang, Dr. Lo’Lo dan beberapa orang aktivis. Mereka diseret dengan ganas ke trak polis.

Kelihatan Abdullah Badawi begitu terdesak seperti berada disaat-saat akhir sebelum kejatuhannya. Sebab itu beliau mahu polis menggagalkan perhimpunan dengan apa cara sekalipun.

Walaupun Abdullah berkuasa belumpun cukup sepenggal, Malaysia sudah dijadikan negara polis. Ianya mirip ketika dizaman Mahathir dihujung kuasa. Apakah ini langkah terkahir yang cuba dilakukan oleh Abdullah yang sedar bahawa beliau sudah sampai ke akhir kekuasaan?

Menurut satu sumber yang dekat dengan kepimpinan tertinggi polis, Musa Hassan dan beberapa orang pegawai tertinggi polis akan ke Mekah pada 14 Disember 2007 ini bagi menunaikan haji.

Keputusan ini dikatakan berlaku secara mengejut. Apakah ada sesuatu yang buruk akan berlaku ketika Musa Hassan dan orang-orang kuatnya tiada dalam negara?

Polis mengawal parlimen yang seharusnya milik rakyat dengan ketat sehingga menggunakan kawat dawai. Seorang teman wartawan senior memberitahu bahawa kali terakhir beliau melihat polis menggunakan kawat dawai ialah pada tahun 1969.

Apakah Abdullah dan menantu akan menghuru-harakan Malaysia demi untuk mempertahankan kuasa?

Tiada ulasan: