By MUHD NAIM & FADHLUL HADI
PERTEMUAN keluarga sebelah atok dan opah kami (Allahyarham Haji Mohamad Yusoff dan Hajjah Aminah Abbas) di Trong, Taiping pada Idulfitri 2007 lalu, cukup bermakna.
Semua keluarga turun padang kecuali Mak Yang dan Pak Lang yang ada urusan tidak dapat bersama kami.
Kami dapat bermain-main penuh gembira bersama sepupu sepapat kami yang tinggal di Taiping, Trong, Simpang dan Ipoh. Semua mereka sihat walafiat macam kami juga.
Hari itu, ayah kami, Tarmizi datang awal ke rumah pertemuan keluarga di Trong bersama ummi, Icah. Ada kenduri tahlil di rumah Mak Uda dan Pak Uda. Kami makan ikan keli bersos "kunin" resepi Pak Uda yang memang pandai memasak.
Selain tahlil, pertemuan itu juga dapat merapatkan ukhwah saliturrahim dan memanjangkan budaya bermaaf-maafan. Terima kasih ayah sebab bagi guna blog ini untuk publish gambar keluarga kita.
2 ulasan:
Pelbagaikan catatan. menarik dan bagus ketika melayarinya. tidak penat. asyik politik sesaja.
tahniah kerana tekun dan istiqqamah dalam perjuangan!
wah...
baru jumpa blog ni..
bukan orng lain pun..orang kampung juga.
(cepat2 ngaku sekampung yea..)
apa taknya anak (arwah) pak hashim..
kg lambor juga.
Tahniah..
semoga Tuan terus suksess.
Catat Ulasan