KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Disember 14, 2007

Akibat Terlalu Kemaruk Kuasa, Anak Badawi Guna ISA "Bunuh" Seterunya!

Cikgu Ishak Surin menyifatkan pemerintahan anak Badawi kini memasuki fasa sebenar. Malah sikap dan peranginya lebih teruk dari raut wajah yang kononnya warak, penyayang dan tolenren!

By TARMIZI MOHD JAM

Kuala Lumpur: PAS Wilayah Persekutuan membidas sikap Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menahan lima pemimpin Hindraf sebagai jalan selamat menghapuskan musuh-musuh politiknya dari luar BN bagi menghadapi pilihan raya umum ke 12 tidak berapa lama lagi.

Menurut Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah, Haji Ishak Surin, kegagalan pihak kerajaan mengemukakan bukti kukuh dalam mengheret mereka ke mahkamah menyebabkan kezaliman ISA terpaksa digunakan bagi menyelamatkan status quo pemimpin kerajaan yang tercabar dengan tuntutan Hindraf.

Katanya, PAS selama-lamanya tidak pernah bersetuju dan mengiktiraf mana-mana individu dalam negara ini ditahan di bawah akta rimba ISA malah PAS antara parti politik yang lantang menuntut agar undang-undang ini dihapuskan terus dari perundangan negara.

Haji Ishak yakin penggunaan ISA adalah arahan terus dari Perdana Menteri yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri bagi mencetuskan rasa takut rakyat dan pemimpin pembangkang untuk mengadakan perhimpunan aman atau “demontrasi jalanan” seperti yang dimomok-momokkan oleh beliau.

“Memang tuntutan Hindraf itu melampau, tetapi mereka patut diberi hak berhimpun secara aman,” ujar beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau menambah, kerajaan perlu menangani isu yang diutarakan oleh kumpulan ini secara professional dan bijak, bukannya dengan “menutup mulut” mereka dalam Kem Tahanan Kamunting.

Haji Ishak yakin, dengan penangkapan lima pemimpin Hindraf dan disumbat ke Kem Tahanan semalam, serta penahanan berpuluh pemimpin Bersih dan peguam, telah meningkatkan lagi simpati rakyat terhadap BA dan sekaligus mendedahkan “ketololan” demokrasi Malaysia yang dianggap adil.

Semalam, lima pemimpin Hindraf ditahan ISA dan kini sudah direhatkan di Kem Tahanan Kamunting. Mereka yang ditahan ialah empat peguam yang menjadi Penasihat Hindraf iaitu P. Utahyakumar 46, M. Mohaharan 46, R. Kengadharan 40, dan V. Ganabatirau 34 serta penyelarasnya T. Vasanthakumar 34 yang bertugas sebagai Eksekutif Kanan Malaysia Building Society Berhad (MBSB).

Ketua Polis Negara, Musa Hassan dalam kenyataannya memberitahu Uthayakumar, M. Mohaharan dan T. Vasanthakumar ditahan di ibu negara sementara R. Kengadharan di Petaling Jaya dan V. Ganabatirau di Seremban.

Penahanan itu mengikut seksyen 8 (1) ISA yang membolehkan mereka ditahan selama dua tahun. Kesemua mereka sudah di hantar ke Kem Tahanan Kamunting, Taiping untuk menjalani perintah tahanan serta-merta.

Tiada ulasan: