KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Disember 09, 2007

Report (3): Mohd Sabu Kini Ditahan Di IPK Seberang Prai Selatan



By TARMIZI MOHD JAM

Kira-kira sebentar tadi, jam 10.05 minit saya menghubungi adik Mohd Sabu, Kassim Sabu yang kini berada di Balai Polis Seberang Prai Selatan. Terdengar hiruk-pikuk para penyokong PAS barangkali di luar balai (IPK) itu.

Beliau mengesahkan Mohd Sabu dicekup dan disalin kereta (sewaktu konvoi Mohd Sabu menaiki kereta beliau sendiri sementara pihak polis ekori dari belakang) ke kereta peronda polis di Tol Bukit Tambun.

Kini, penyokong PAS dan Kasim Sabu serta isteri Mohd Sabu masih berada di Balai Polis (atau IPK) Seberang Prai Selatan. Saya terdengar suara garau isteri Mohd Sabu, Puan Normah Alwi dari corong telefon saya.

Beliau ditahan atas isu mengetuai Himpunan 100,000 Bersih 10 Nov 2007. Bagaimana Kassim gagal menjelaskan Mohd Sabu ditahan di bawah akta apa? - Wallahuaklam.

Tiada ulasan: