KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Disember 09, 2007

Report (2): Mohd Sabu Ditangkap & Dimasukkan Ke Kereta Peronda Polis Di Tol Bukit Tambun, Penang


By TARMIZI MOHD JAM

Saya baru menghubungi handphone adik Mohd Sabu, Kassim Sabu kira-kira jam 8.40 mlm ini, yang turut dalam konvoi yang diiringi polis menunju ke Tasik Gelugor.

Katanya, konvoi baru tiba di Tol Bukit Tambun tetapi ada sedikit "ketegangan" kerana ada sekatan FRU. Saya kurang pasti kenapa dan mengapa FRU ada di sana.

Tetapi katanya, mereka (bukan FRU mungkin jugak penyokong PAS) sedang pertahankan Mohd Sabu barangkali dari dicekup ke kereta polis. Ya! Mohd Sabu mahu ditangkap dan dimasukkan ke kereta peronda polis.

Sebab sebelum ini, Mohd Sabu berada dalam keretanya. Hanya pihak polis mengiringinya dari belakang khuatir terlepas lari. Kemudian handphone Kasim Sabu terputus - Walahuaklam.

Tiada ulasan: