KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Disember 11, 2007

Lapor (4): Anwar Ditahan Di KLIA Sekembali Dari Luar Negeri!


By TOKGURU06

Sepang, 11 Dis - Ketua Umum KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ditahan sementara oleh pihak imigresen di KLIA pagi ini semasa dalam perjalanan balik dari luar negara.

Beliau ditahan dan dilarang masuk kerana disenaraihitam oleh pihak imigresen. Pada waktu ini, beliau dilaporkan akan dibenarkan keluar.

Izzah yang dihubungi oleh Era Hanim (isteri) di Malaysia mengesahkan tangkapan tetapi tidak mendapat maklumat kenapa? mengapa?... Kini Anwar sudah dibebaskan dan dibawa menuju ke kediamanya.

Dalam makluman lain semua tahanan Black Sunday (peristiwa hitam menjelang Hari HAM Sedunia) telah dibebaskan dengan ikat jamin. Perhimpunan Bersih di depan Parlimen tetap diteruskan.

Polis sekali lagi membuat sekatan jalanraya dan menjadikan Kuala Lumpur dalam keadaan darurat. Makluman dari staff Pejabat Agung PAS memaklumkan Ibupejabat Pejabat Agong PAS dikepung oleh Polis (LSF).

Sms yang baru diterima menyatakan Tian Chua ditahan dalam satu sekatan jalanraya dan beberapa pimpinan lain turut ditangkap di beberapa lokasi di ibukota.

Para aktivis di minta bertenang dan jangan melayan sebarang provokasi. Berada sehampir mungkin dengan parlimen dalam keadaan aman.

Tiada ulasan: