Haji Mohd Sabu, Kak Normah begitu ceria pada hari perkahwinan anaknya Nurul Huda. Seminggu sebelum itu, negara dikejutkan dengan penangkapan beliau atas isu Perhimpunan Aman 100,000 Bersih
By TARMIZI MOHD JAM
TELAH lama juga saya tidak berkunjung ke rumah Naib Presiden PAS, Haji Mohd Sabu. Sempena hari menerima menantu beliau, saya sekeluarga memenuhi undangan ke sana, di Seksyen 19, Shah Alam.
Isteri saya begitu kepingan sekali untuk menemui Kak Normah, isteri Haji Mohd Sabu. Kisah Haji Mohd Sabu ditangkap dengan ganas oleh polis di Tambun dan Tol Bukit Tambun, tidak menjejaskan majlis perkahwinan anaknya Nurul Huda.
Mulanya rencam juga menuju rumah Haji Mohd Sabu. Selang dua blok dari rumahnya, ada juga sebuah kenduri kahwin dengan "aura" kekuningan.
Jalan menuju masuk ke rumah Haji Mohd Sabu ditunjuki dengan tanda bendera PAS. Ramai juga petugas Unit Amal dan petugas bertshirt kuning Bersih membantu para jemputan.
Kedatangan saya telah diumum oleh deejay majlis, Sdra. Zin RTM sebagai Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan. Celotah celotehnya tidak berubah langsung, macam di Markaz PAS Taman Melewar.
Kami disambut oleh Haji Mohd Sabu dan adiknya, Kassim Sabu. Haji Mohd Sabu menyapa saya sambil menjemput makan dengan gulai kawah ala Kedah yang dimasak khas oleh taukeh kilang percetakan, Haji Nor Azlan Jan.
Saya tetap tidak menyangka rakan saya itu yang dulunya berpakaian ala pejuang Afghanistan, dan kini seorang korporat luar biasa hebat dengan bisnes percetakan mega melalui Angkatan Edaran Sdn. Bhd. juga seorang chief masak kawah yang hebat.
Isteri saya, memuji kelazatan daging kurma dan kari daging yang luar biasa sedap. Barangkali, kalau dipanjangkan umur, mahu saya menggunakan khidmat Azlan sebagai chief masak gulai kawah dalam apa-apa kenduri saya.
Saya yang memang "kaki makan" dan gemar memasak, turut teruja dengan masakannya itu. Memang sedap...
Saya datang agak awal. Kira-kira jam 12.30 tengahari. Belum ada Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden PAS yang lain tiba. Hanya kelibat Ir. Khalid Samad yang mundar-mandir bersalaman dengan tetamu.
Selain itu, Dato' Ibrahim Ali, Syed Muhamad Syed Hassan, Cikgu Ishak Surin, Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mahmod memenuhi ruang mata sewaktu menikmati makanan bersama tiga anak saya.
Ketiga-tiga anak saya, Muhd Naim, Fadhlol Hadi dan Hidayatul Jannah tersenyum bila melihat Haji Mohd Sabu. "Ayah kawan ayah Mat Sabu datang..." bisik Fadhlol Hadi yang baru berusia 7 tahun.
Haji Mohd Sabu kelihatan agak sugul sedikit sambil tersenyum seperti "cara dia" yang sedia ada. Namun Kak Normah nampak lebih ceria.
Ketika saya menunggu dan menanti pendakwaan terhadapnya di mahkamah Jalan Duta pada 12 Disember lalu, saya dapat merasakan mantan MP Kuala Kedah itu tidak dapat tidur di lokap semalaman.
Wajahnya suram sambil bersalaman dengan kami sbelah kandang orang salah. Barangkali dia terkejut dengan laungan takbir "Allahuakbar" yang membingitkan telinga Ghani Petail di mahkamah, yang asyik keluar masuk.
Rakan saya yang nakal, Penarik Becalah yang telah memekikkan laungan takbir itu. Mahkamah gamat sekejap. Suasana sudah jadi macam ceramah di Markaz PAS Pusat diakhiri tepukan gemuruh.
Setelah selesai menjamu selera, saya bersalaman dengan Haji Mohd Sabu dan mengucapkan tahniah kerana menerima menantu dan sempat saya bertanya "bila kita nak adakan demo lagi?".
4 ulasan:
Aduiiii .... sedap nya bro. Meleleh air liur. Salam perjuangan untuk saudara Mat Sabu. Semuga terus berjuang demi masa depan anak bangsa dan agama. InsyaAllah. Takbirrr !!!
=) Rumah saya berhampiran sgt dgn Mat Sabu. Haritu kenduri perasan saya tak? :)
Anyway, tahniah kepada pemilik blog ini dan rakan2 seperjuangan yg lain. Teruskan menulis sehingga tinta yg terakhir.
P/s: Saya baru terjumpa blog ni :)
zzzzz2018.8.13
moncler online outlet
true religion jeans
ray ban sunglasses
polo ralph lauren outlet
nike air max
ed hardy clothing
nike air max 90
true religion outlet
converse trainers
true religion outlet
valentino
supreme hoodie
yeezy boost 350 v2
balenciaga
kyrie shoes
michael kors outlet online
birkin bag
golden goose
jordan 12
christian louboutin
Catat Ulasan