By TARMIZI MOHD JAM
SHAHIDAN sudah memanggil Mesyuarat Khas Badan Perhubungan Umno Negeri Perlis pada 30 Dis 2007, Ahad lalu. Ia diadakan pada sebelah malam bagi membincangkan agenda tersirat Radzi Shekh Ahmad.
Radzi yang juga Setiausaha Agung Umno secara terbuka mendakwa terdapat krisis dalam Umno Perlis yang berpunca dari soal kepimpinan. Katanya, Shahidan mesti ditukar dan digantikan dengan Menteri Besar yang baru.
Ini amat mengejutkan Shahidah. Tetapi pemerhati politik berpendapat isu kepimpinan Shahidan adalah api dalam sekam yang bakal membenamkan Umno Perlis dalam pilihan raya ke 12 nanti.
Setiausaha Perhubungan Umno Perlis, Datuk Che Sulaiman Shapie dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Isnin tadi, menafikan Umno Perlis bergolak sebaliknya memperakukan bahawa jentera parti kini berada dalam keadaan terbaik dan amat bersedia untuk menghadapi pilihan raya.
Mesyuarat Khas itu turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau; Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Wanita, Ketua Pemuda Umno Bahagian Padang Besar dan Kangar serta Ketua Puteri Umno Bahagian Padang Besar dan Arau.
Sekaligus, keputusan itu menempelak Radzi selaku Setiausaha Agung Umno dan sudah tentulah "perang besar" bakal tercetus antara Razdi dan Shahidan selepas ini!
1 ulasan:
ada harapan ke PAS kuasai Perlis kali ini? Bagi Harun Din MB dan jangan bagi dia tarik diri saat akhir macam dulu. Pastikan bininya bagi laluan, jika tidak jangan sebut terus namanya sebagai apa-apa di Perlis.
Catat Ulasan