KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Disember 11, 2007

Lapor (18): Apa Agenda BN Hingga Ghani Petail Begitu Ghairah Bertindak?



By ROSLAN SMS

Peguam Negara sejak kebelakangan ini begitu sibuk sekali. Sesibuk PM Dollah yang semakin celaru dan kusut, beliau pun menumpang mahu membantu boss nya yang semakin kalut itu.

Dari kes Hindraf hinggalah ke kes Tragedi Batu Burok dan hari ini kes lapan orang termasuk lima peguam yang dituduh gagal mematuhi arahan polis agar bersurai, beliau juga pendakwanya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Semasa mula-mula muncul dalam kes Hindraf, para peguam tertuduh membantah kehadiran beliau sebagai pendakwa.

Bagi mereka kehadiran beliau yang merupakan pendakwa paling kanan dalam negara mungkin menekan dan menganggu ketenangan hakim untuk membuat keputusan. Salah seorang peguam Hindraf menyebut ketika itu bahawa sepatutnya Peguam Negara memberikan perhatian kepada kes yang lebih penting dan high profile, contohnya kes pembunuhan model Altantuya Shaaribu.

Mengapa pula beliau tidak mengetuai sendiri kes bunuh yang kejam dan membabitkan VIP itu!Di Kuala Terengganu, dalam kes Tragedi Batu Burok Peguam Negara telah membantah ikat jamin ke atas dua orang ahli PAS Suwandi Ab Ghani, 38, dan Muhammad Azman Aziz, 21 sedangkan pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka boleh dibenarkan ikat jamin.

Walaubagaimanapun, Hakim Mahkamah Sesyen bersetuju dengan Peguam Negara dan akibatnya kedua-dua anak muda tersebut terpaksa disumbat ke dalam penajra sementrara menanti perbicaraan.

(Hairan, kedua-dua mereka ini cedera ditembak polis dengan peluruh hidup, tetapi mereka pula yang didakwa) Dan siang tadi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, dalam kes 8 yang berhimpun secara haram sempena Hari Hak Asasi Sedunia, sekali lagi Peguam Negara cuba untuk menafikan hak tertuduh untuk diikat jamin.

Kata beliau mereka ini berkemungkinan mengulangi kesalahan mereka (sedangkan mereka belum pun didapati bersalah) dengan melancarkan himpunan yang serupa.

Namun Hakim Komathy Suppiah enggan menerima permohonan Peguam Negara itu dan sebaliknya membenarkan kesmua tertuduh diikat jamins sebanyak RM2,000 seorang dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 28 dan 31 Januari 2008.
Mengapakah ada kecenderungan dari Peguam Negara untuk menyumbat mereka yang tertuduh ke dalam penjara sedangkan tuduhan yang dikenakan ke atas mereak semua bukannya tuduhan yang berat dan serius?

Saya difahamkan ketika artikel ini ditulis beliau sedang membuat permohonan di Mahkamah KL untuk menolak ikat jamin ke atas Naib Presiden PAS Hj Muhammad Sabu.

Saya pasti lambat ataupun cepat perhatian seluruh dunia akan tertumpu ke Malaysia. Dan pasti aksi gelojoh Peguam Negara ini akan menjadi perhatian, demikianlah keadaan Negara Polis Malaysia dialaf baru ini!

Tiada ulasan: