Kira-kira lima peguam dan tiga aktivis ditahan dalam satu program perarakan sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia di Jalan Tun Perak pagi ini.
Mereka yang ditahan adalah penganjur perarakan tersebut, N. Surendran, Latheefa Koya. Enam yang lain Eric Paulsen, R Sivarasa, Amer Hamzah, Anthony Andu, Norazah Othman serta seorang aktivis yang masih belum dikenalpasti.
Sebaik ditahan, mereka segera dibawa menaiki van untuk dibawa ke balai polis IPK Dang Wangi walaupun cuba dihalang oleh para peserta perarakan.
Perarakan yang diadakan pada hari ini bermula dengan lancar seawal jam 8 pagi bertempat di pusat membeli belah Sogo menuju ke bangunan Bar Council atau Majlis Peguam yang terletak berhampiran Pasar Seni.
Ketika tiba berhampiran jalan Tun Perak, dan stesen LRT Masjid Jamek, sepasukan polis dan anggota FRU telah bertindak menghalang para peserta perarakan tersebut dengan menangkap lapan individu termasuk lima daripadanya adalah peguam.
Sebaik kira-kira 100 peserta perarakan tiba di perkarangan bangunan Majlis Peguam, mereka diberikan arahan oleh pihak polis, 'yang tidak berkenaan, diminta bersurai'.
Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan turut melahirkan kekecewaan dengan tindakan diambil pihak polis ke atas peserta perhimpunan tersebut, seterusnya meminta perhimpunan tersebut dibatalkan.
"Kami mahu merayakan Hari Hak Asasi Manusia, saya tidak faham kenapa polis berbuat tindakan seolah-olah kami telah melanggar undang-undang sedangkan ia diperuntukkan di dalam perlembagaan negara," tegasnya ketika ditemui di perkarangan bangunan Majlis Peguam pagi ini.
Timbalan Ketua Polis IPK Dang Wangi, Superintendan Che Ismail Che Hamzah berkata, beliau menerima arahan supaya menyuraikan perhimpunan tersebut secepat mungkin, walaupun sebelum itu pihak polis memberikan masa selama 10 minit kepada peserta perarakan untuk beredar.
"Saya tidak tahu kenapa tiba-tiba arahan tersebut ditukar, saya sekadar menerima arahan," ulas beliau ketika ditanya wartawan berhubung arahan yang berubah dikeluarkan pihak polis yang kemudiannya bertindak kasar dengan menangkap para peserta himpunan dalam tempoh masa yang diberikan.
Menurut salah seorang peguam yang menyertai perarakan tersebut, Fadiah Nadwa Fikri, perarakan ini telah berjaya diadakan meskipun terdapat halangan.
"Saya hairan dengan tindakan yang diambil oleh pihak polis dengan menangkap peserta yang berarak sedangkan kami tidak berbuat apa-apa kesalahan, sekadar berjalan dengan aman tanpa sebarang aksi mengancam keselamatan," jelasnya kepada wartawan.
Manakala Jurucakap CIJ, Sonia yang ditemui Harakah berkata kerajaan bersikap tidak telus apabila menafikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman apatah lagi untuk meraikan Hari Hak Asasi Manusia.
"Kita dapat lihat sendiri tindakan polis yang menangkap dan menghalang para peserta berarak secara aman," katanya.
Sementara itu, Sonia turut mengulas tindakan kerajaan yang mengugut stesen televisyen satelit Al Jazeera sebelum ini ketika mereka membuat liputan semasa perhimpunan Aman Rakyat anjuran Bersih pada 10 November lalu.
"Bahkan kerajaan juga turut mengenakan tekanan ke atas mereka yang diwawancara menerusi siaran televisyen tersebut, Jeff Ooi berikutan kenyataan yang dikeluarkan mengenai perhimpunan Bersih," katanya.
Menurutnya, Jeff Ooi telah dipanggil untuk disoal siasat oleh pihak polis Bukit Aman esok ekoran wawancara beliau di stesen televisyen Al Jazeera.
"Pada tahun 1998, Majlis Peguam telah bangkit menyatakan bahawa hak asasi di Malaysia telah mati. Kini, saya percaya rakyat telah kehilangan hak untuk bersuara dan berhimpun," jelasnya.
Sonia turut kesal dengan tekanan yang dikenakan kerajaan ke atas para pengamal media apabila mereka melaporkan kebenaran yang berlaku supaya rakyat mendapat maklumat yang tepat.
"Jika tidak mengikut arahan tersebut, kerajaan akan tarik balik lesen penerbitan atau penyiaran media tersebut," ujarnya menjelaskan situasi kesukaran yang dialami oleh para wartawan dalam menjalankan tugas mereka.
Program Festival Hari Hak Asasi Manusia anjuran Majlis Peguam ini turut disertai parti politik seperti PAS dan KeADILan serta beberapa NGO seperti Gerakan Mansuhkan ISA dan CIJ.
Hadir sama, Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, Setiausaha Muslimat PAS, Aiman Athirah dan koordinator Suara Rakyat Malaysia, Arutchelvan.

Dikutip dari Harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan