TIADALAH kata-kata yang boleh diluahkan lagi oleh para pemimpin Umno dan BN apabila sekali lagi calon BN ditolak pengundi dalam pilihan raya kecil, sejak kekalahan bersiri selepas PRU 12, Mac 2008.
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyifatkan pengundi di DUN Permatang Pasir menolak pembangunan yang mahu dibawa BN Pusat ke situ.
Menurut Muhyiddin, pengundi di sini tidak mahu menerima perubahan. Selain itu, katanya, Permatang Pasir juga merupakan kubu kuat Ketua Pembangkang, DatO' Seri Anwar Ibrahim dan juga kubu PAS, sejak 1999.
Malahan, Muhyiddin juga menyentuh tentang ramainya pengund Cina yang turut tidak memberi apa-apa kelebihan kepada BN jika dibandingkan dengan DUN Manek Urai.
Pemimpin-pemimpin lain pula menyalahkan faktor pemilihan calon yang berbelit dengan masalah peribadi menjadi sebab mengapa BN tewas berturut-turut, selepas dikatakan hampir-hampir menang di DUN Manek Urai.
Bagi Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi pula, penduduk di Permatang Pasir enggan menerima tawaran kerajaan pusat yang mahu menjadikan Permatang Pasir sebagai ‘anak emas’.
“Mereka mahu kekal macam keadaan sekarang. Mereka tetap mahu begitu keadaannya. Mereka tidak perlukan perubahan dan pembangunan. Kita kena terima ,” katanya kepada pemberita.
Hakikat sebenarnya, jentera Umno kini sudah terkulai layu. Mereka hanya boleh berjalan hanya kerana mereka berjawatan dalam kerajaan. Jika tidak, sudah tersembam lebih awal di kaki Pas yang meletakkan Pesuruhjaya Negeri, Ustaz Mohd Salleh Man.
Umno Bahagian Permatang Pauh sebenarnya wujud pada namanya sahaja. Cawangan-cawangan hanya dipenuhi dengan ‘sampah sarap’ dan keahlian parti sebenar di bahagian itu, sudah disangsikan. Kedudukan Ketua Umno Bahagian, Datuk Abd Jalil Abd Majid sudah lama dipertikaikan.
Tidak hairanlah, kelibat bekas ketua bahagian, Dato' Ahmad Saad dan dua calon ketua bahagian yang menentang Abdul Jalil seperti digelapkan. Tidak nampak langsung Datuk Arif Shah Omar Shah dan Datuk Firdaus Ismail, walaupun mereka dikatakan turut berkempen.
Jika dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, kelibat Abdul Jalil tidak kelihatan kerana dikatakan tidak bersetuju dengan pucuk pimpinan memilih Arif Shah sebagai calon BN, tetapi kali ini, di mana ada Muhyiddin, kelibat Abdul Jalil yang dikenali sebagai penyokong kuat Datuk Seri Ali Rustam sendiri ada.
Calon BN, Rohaizat Othman dipilih kerana dua sebab. Pertama, dia orang ketua bahagian dan kedua, kerana dia berkelulusan tinggi. Malangnya undi 5,067 yang Rohaizat kutip sebenarnya ‘undi yang cukup memalukan’ buat BN.
Sebenarnya, Umno Permatang Pauh sudah tidak berfungsi sejak datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan parti itu dalam tahun 1998. Pengguguran Ahmad Saad dari kepimpinan bahagian oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi mendalamkan lagi luka yang sedia ada.
Itulah sebabnya, Abdullah dan seorang lagi bekas Perdana Menteri tidak mahu langsung menjejakkan kaki ke DUN Permatang Pasir kerana kedua-duanya sedar; Umno hanya hebat di kaca tv dan media masaa pro pemerintah.
Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak seharusnya memikirkan semula kewajarannya meletakkan Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang.
Mungkin ini juga merupakan salah-satu sebab mengapa BN kalah teruk kerana Pulau Pinang bukannya ketandusan pemimpin untuk dilantik memegang jawatan itu, sekiranya Abdullah tidak lagi dilihat mampu mengemudikan Umno negeri.
Calon Umno kalah, ketika Umno sedang hebat menjeritkan slogan ‘Anwar Pengkhianat Melayu’. Pembawa obor slogan itu ialah Muhyiddin. Jika di Johor Muhyiddin dikatakan mendapat sambutan hebat dengan perhimpunan yang diaturkan di Padang Merdeka Batu Pahat, tetapi di Permatang Pasir, Pergerakan Pemuda Umno terpaksa membawa cerita pengundi hantu untuk menyedapkan hati pemimpin-pemimpin mereka.
Najib seharus sudah boleh mengilap bakat kepimpinan Dato' Zainal Abidin Osman yang menang kerusi MT dengan undi 2,054 dan menduduki tempat ke lima walaupun tanpa jawatan dalam kabinet.
Rasa tidak yakin dengan kebolehan bekas Timbalan Ketua Menteri, Dato' Seri Dr. Helmi Yahya dan lain-lain pemimpin Pulau Pinang yang ada, jangan menjadikan Najib seorang pemimpin yang mudah hilang pertimbangan.
Berilah kesempatan kepada orang Pulau Pinang menyelesaikan masalah di Pulau Pinang. Kekalahan teruk di DUN Permatang Pasir sepatutnya membuka frasa baru dalam Umno yang boleh menyebabkan Najib menyusun semula parti.
Kejayaan calon PAS mengutip 9,618 undi walaupun beliau bukan anak tempatan Permatang Pauh membuktikan, Umno sudah tidak mempunyai peluang langsung di sini, kecuali DUN Seberang jaya yang masih diwakili Arif Shah.
BN mungkin bercadang tidak mahu bertanding di situ baru-baru ini tetapi imej parti perlu dipertahankan dengan apa cara sekali pun. Malangnya, dengan kekalahan yang begitu teruk, BN perlulah memikirkan semula supaya tidak perlu meletakkan calon di mana-mana kawasan pilihan raya yang dirasakan ‘rumah sembelihan’ buat calon BN.
Ketika muncul di kaca TV selepas mengetahui kekalahan BN di Permatang Pasir 25 Ogos lalu, wajah Muhyiddin dan Ahmad Zahid seperti orang yang mendengar berita kematian. Mungkin kedua-dua pemimpin ini sudah dapat membayangkan bahawa keputusan pilihan raya kecil itu adalah berita kematian buat Umno dan BN.
Hari ini, Rohaizat akan menjadi ‘sasaran’. Dia seronok terpilih menjadi calon tetapi dia rupanya seorang pemimpin baru yang tidak tahu berterus-terang. Keseronokan seketika itu, menyebabkan imejnya rosak sepanjang hayat.
Malah, parti juga menumpang keburukan imejnya. Dia terlupa, jika imejnya tidak rosak sekali pun, peluang untuk menang memang tidak ada langsung. Malangnya, dia terkinja-kinja mahu dipilih menjadi calon.
Di Kuala Lumpur, mereka yang rapat dengan kepimpinan berhempas pulas menolak nama bekas ketua bahagian, Ahmad Saad dicalonkan semula. Dalam masa yang sama, ada juga beberapa pihak mahu mencadangkan nama Firdaus tetapi, mereka gusar dengan tindakan yang bakal diambil Abdul Jalil.
Maka, untuk memilih jalan selamat dan demi menjaga hati ketua bahagian, supaya pengalaman menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh tidak berulang, maka Rohaizat dicalonkan. Memilih Rohaizat samalah seperti mencalonkan semula ketua bahagian kerana sebagai setiausaha bahagian, jawatan itu adalah lantikan ketua.
Apa jenis kajian akan dikemukakan Muhyiddin dan Ahmad Zahid kepada MT, tiada siapa yang tahu. Kajian itu tentunya mahu menyalahkan pihak lain dan tidak mahu mengaku bahawa BN sudah tidak diterima.
Hukuman yang pengundi Permatang Pasir berikan kepada BN ini sekaligus akan ‘memberi peluang’ kepada semua pemimpin Umno supaya ‘hentikan karut-marut’ yang sudah berakar umbi.
Jika selama ini mereka hanya bergantung kepada media tradisi dengan paparan ‘madu dan gula’ oleh tv dan akhbar yang pro pemerintah, BN kena lebih mesra ‘IT’. Amatlah malang jika ada pemimpin yang masih tidak punya blog sendiri untuk berinteraksi dengan rakyat, ketika slogan ‘rakyat diutamakan’ menjadi pemanis mulut masing-masing.
Jangan terkejut jika selepas ini ada berita yang mengatakan MT Umno menggantung Umno Bahagian Permatang Pauh dan melantik seorang anggota MT menjadi penyelarasnya. Ini kerana Umno bahagian ini ternyata ‘lumpuh’ walaupun setiap kali pemilihan, pertandingan hebat tetap berlaku.
Dalam Umno, merebut jawatan dalam bahagian sebenarnya lebih dahsyat dari bekerja untuk menang pilihan raya.
Oleh IDRIS SAMAD

Tiada ulasan:
Catat Ulasan