IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak memohon perkenan Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah campur tangan untuk menyelesaikan kemelut politik Perak serta krisis Perlembagaan yang terus berpanjangan sehingga kini semenjak rampasan kuasa awal Februari tahun ini.
Menuurt ketua dewan itu, Ustaz Zawawi Hassan, PAS yakin kemelut yang berlaku adalah sebahagian daripada krisis politik yang telah dicemari dengan pelbagai kejadian yang tidak diinggini terutama yang telah melanggar undang-undang yang memberikan gambaran keharmonian dan kesejahteraan rakyat terabai.
"Yang paling penting, implikasi ekonomi negeri yang menakutkan pelabur untuk datang ke negeri ini," ujarnya.
PAS tegasnya, memohon perkenan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sebagai Seri Paduka Sultan Perak dan juga bekas Ketua Hakim Negara untuk menyelesaikan kemelut dan krisis yang berlaku di negeri Perak ini dengan satu formula yang konkrit.
Beliau menegaskan kemelut dan krisis yang berlaku ini memberikan implikasi yang negatif di peringkat antarabangsa.
Sehubungan itu Ustaz Zawawi melihat kedudukan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak adalah krisis terbaru yang memerlukan penyelesaian segera.
Sidang DUN Perak pada 7 Mei yang lalu jelas tercemar kerana kedudukan sebenarnya masih tidak diketahui, katanya.
PAS yakin rakyat negeri Perak khasnya dan rakyat Malaysia amnya amat malu dengan suasana yang berlaku terhadap Speaker DUN Perak.
Beliau memberi jaminan hanya dengan pembubaran DUN Perak selepas hari raya ini nanti akan menyelesaikan kemelut dan krisis yang berlaku serta keharmonian dan kesejahteraan negeri akan kembali seperti biasa kelak.
PAS yakin Sultan Azlan Muhibbuddin Shah akan memperkenankan pembubaran DUN Perak demi rakyat Perak keseluruhannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan