KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, September 10, 2009

Isu Kuil Seksyen 23: Usaha cetus api perkauman di Selangor

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengecam tindakan pihak tertentu yang menggunakan penduduk di Seksyen 23 Shah Alam untuk membangkitkan isu perkauman berikutan isu perpindahan Kuil Hindu di sana.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian menyatakan, tindakan berbentuk provokatif itu sebenarnya didalangi oleh pihak tertentu yang hari ini tidak lagi diyakini rakyat malah ditolak pelbagai lapisan masyarakat.

"Isu mengarak kepala lembu berdarah di Shah Alam satu tindakan yang tidak waras, dikutuk dan tidak diterima oleh sebuah masyarakat yang matang.Ia juga ditolak Islam kerana penghinaan ke atas agama lain amatlah dilarang," katanya lagi ketika dihubungi.

Beliau juga merasakan, isu ini sengaja dicetuskan pihak tertentu yang mahu mengugat kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang nyata tidak membeza-bezakan rakyat pelbagai lapisan.

Sambil menyifatkan tindakan itu satu yang tidak bertamadun, beliau juga menyatakan ia sengaja dicetuskan oleh pelampau yang sering mencari isu perkauman untuk kepentingan politik mereka.

Walhal tindakan sedemikian hanya akan menjadikan negara kucar-kacir, katanya.

"Inikah semangat Satu Malaysia yang mahu ditonjolkan? Jangan cakap soal perpaduan antara kaum jika mereka masih mengamalkan politik perkauman," katanya.

Salahuddin mengecam tindakan polis yang enggan bertindak ketika kejadian berlaku, malah mengesyaki adanya 'understanding' dalam hal tersebut.

Mengulas isu yang sama, Exco Kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar pula menyifatkan perarakan itu sebagai suatu tindakan yang tidak wajar, tidak boleh diterima dan tidak peka terhadap anutan agama orang lain.

Malah beliau menyifatkan mereka yang mengadakan perarakan itu tidak beretika dan mahu mencetuskan kebencian kaum dan agama.

Dr Xavier yang juga MT KeADILan melahirkan rasa kecewa kerana anggota polis yang ditugaskan di situ didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang mengadakan perarakan tersebut.

Sementara itu, Pakatan Rakyat Selangor mendakwa perarakan 'kepala lembu' yang masih segar berdarah di depan Pejabat Menteri Besar Selangor sebagai usaha terbaru 'pelampau Umno' untuk menjatuhkan kerajaan negeri itu.

Bercakap di depan Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pada 29 Ogos lalu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendesak pihak polis segera bertindak ke atas ekstremis-ekstremis Umno terbabit supaya insiden yang sama tidak lagi berulang.

Ujar Khalid, Umno ini sudah jadi parti yang ekstrem kerana baginya di tempat-tempat lain pun, Umno sudah berdemontrasi ekstrem sebegini termasuk di Kuala Selangor, Ijok dan Tanjong Karang.

"Mana-mana tempat yang dia nak api-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka terus buat. Sebab itu, polis perlu bertindak.

"Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau Umno), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar berlaku," ujar Khalid.

Dalam pada itu, Adun Demit, Ustaz Muhammad Mustafa berkata, selain menyinggung perasaan penganut agama Hindu, tindakan di luar ajaran Islam itu juga mampu mencetuskan ketegangan kaum.

"Apakah dengan membuat demonstrasi membawa kepala lembu tersebut satu cara penyelesaian? Ini akan menyinggung perasaan penganut agama Hindu yang mereka menganggapkan lembu sebagai seekor binatang suci. Islam tidak menyuruh kita menyinggung perasaan penganut agama lain," ujar Adun Demit tersebut.

Beliau yang hairan dengan sikap pihak tersebut yang mendakwa mereka juga Islam, namun bertindak jauh melampaui batas dan tunjuk ajar agama dan sering kali menjadi dalang kepada perpecahan Islam dan perpaduan kaum.

Ustaz Muhamad yakin tindakan itu dilakukan kerana kurangnya kepada kefahaman agama islam itu sendiri.

"Mereka ini cuba menunjuk hero apabila mencanangkan merekalah pembela agama tetapi langkah membawa kepala lembu yang diletakkan di pejabat SUK Selangor adalah perbuatan yang tidak bertanggung jawab dan memalukan umat Islam di negara ini," ujarnya lagi.

Beliau yakin tindakan tersebut bermotif politik melihat kepada beberapa serangan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor khususnya dalam perkara membabitkan sensitiviti agama Islam.

Pada 29 Ogos, polis mengadakan sekatan jalan di jalan utama ke seksyen tersebut, manakala yang lainnya di tempatkan sementara di sebuah dewan komuniti di situ.

Bagaimanapun, kira-kira 10 anggota polis yang menjaga sekatan jalan itu hanya memerhati kenderaan yang keluar masuk di situ.

Pada 28 Ogos lalu, sekumpulan 50 orang mengadakan demonstrasi membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, dengan mengarak kepala lembu ke bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.

Kerajaan Selangor 29 Ogos lalu telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengadakan perbincangan terbuka pada 5 September depan antara penduduk sebenar Seksyen 23, Shah Alam, pegawai MBSA dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Perbincangan berkenaan bertujuan mendengar luahan pendapat masyarakat setempat selain memberikan peluang kepada kerajaan negeri menjelaskan rasional di sebalik penempatan semula kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

FAKTA TAPAK LOKASI KUIL DI SEKSYEN 23:
1. BERDEPAN DENGAN TAMAN PERMAINAN KANAK2 YANG TELAH DIBINA SEJAK 2005 DAN TELAH DIGUNAKAN OLEH KANAK2 UTK BERMAIN. ADA BASEBALL COURT, BUAIAN, GELONGSOR KANAK2, COURT UTK SEPAK TAKRAW DAN TEMPAT DUDUK SERTA WAKAF. TAMAN PERMAINAN KANAK2 INI CUMA DI SEBERANG JALAN DARI TAPAK LOKASI KUIL.
2. BERDEKATAN DENGAN DEWAN SERBAGUNA.
3. BERDEKATAN DENGAN RUMAH2 DI JALAN BONUS DAN JALAN TARIF.
4. TERDAPAT SATU TADIKA ISLAM DI JALAN BONUS DAN SATU TASKA PROTON DI JALAN TARIF.

PERJALANAN KE LOKASI KUIL DARI SIMPANG MASUK KE SEKSYEN 23:-
1. SESEORANG PERLU MELALUI JALAN BONUS DAN TADIKA ISLAM TERSEBUT TERLETAK DI PENGHUJUNG JALAN BONUS.
2. KEMUDIAN BELOK KIRI, SESEORANG AKAN MELALUI TASKA PROTON, DEWAN SERBAGUNA, TAPAK PERMAINAN KANAK2 SEBELUM SAMPAI KE LOKASI KUIL.
SILA DATANG SENDIRI DAN TENGOK DI MANA SEBENARNYA TAPAK LOKASI KUIL TU.
FAKTA TAMBAHAN :
1. AGAMA HINDU MENGAMALKAN AMALAN PEMUJAAN.
TUAN PUAN SANGGUP KE TENGOK ANAK2 ORANG MELAYU ISLAM DISAMPUK DAN DIRASUK SERTA DISERANG HISTERIA SETELAH BERMAIN DI TAMAN PERMAINAN KANAK2 TERSEBUT YANG BERDEPAN DENGAN KUIL TERSEBUT???!!! ITU BELUM TERMASUK BAYI2 ORANG MELAYU ISLAM YANG DIJAGA DI TADIKA ISLAM DAN DI TASKA PROTON. ITU JUGA BELUM TERMASUK ANAK2 JIRAN KAMI YANG TINGGAL DI JALAN BONUS DAN JALAN TARIF!!!
LIHAT SAJA SEKOLAH AGAMA YANG BERSEBELAHAN DENGAN KUIL DI KLANG, RAMAI PELAJAR KENA HISTERIA. ITU SEKOLAH. HABIS SEKOLAH, BOLEH BALIK RUMAH.
KALAU KENA SAMPUK DAN DIRASUK SERTA DISERANG HISTERIA DI DALAM KWS PERUMAHAN YANG DIDIAMI SENDIRI, BUDAK2 NI NAK PERGI KE MANA? BALIK KE RUMAH RODZIAH ATAU KHALID SAMAD???
2. SEJARAH PEMBINAAN KUIL, ‘DARI SEKECIL2 BUSUT BOLEH ‘HIDUP’ MENJADI SEBESAR2 MINI MARKET JIKA TIDAK DIBENDUNG. BILA DAH LEBIH BESAR DARI RUMAH TERES, TAK PAYAH NAK BANYAK CAKAP. MENYESAL PUN DAH TAK GUNA!!!
3. AKAN BERLAKU MASALAH ‘PARKING’ TERUTAMA PADA WAKTU KERAMAIAN DAN PERAYAAN. BILA TIADA PARKING KOSONG, TUAN PUAN FIKIR DIORANG NAK PARKING KAT MANA SEPANJANG2 JALAN DARI JALAN BONUS DAN JALAN TARIF TU? DEPAN RUMAH RODZIAH? DEPAN RUMAH KHALID SAMAD? SAMBUTAN PERAYAAN YANG DIADAKAN PULA BERMULA DARI LEWAT PETANG HINGGA LEWAT TENGAH MALAM!!! CONTOH TERDEKAT PERGI TENGOK SENDIRI DI SEKSYEN 19 & SEKSYEN 25. NAK JAUH SIKIT, PERGI KE TAMAN GREENWOOD ATAU TAMAN BOLTON DI BATU CAVES SAMPAI BOLEH NAMPAK GOLDEN STATUE TU DARI JAUH, BELUM PERGI DEKAT LAGI.
4. KAMI SUDAH LAMA BERSABAR DENGAN PERANGAI INDIA MABUK DARI SEKSYEN 25 YG DTG MEMBELI MINUMAN KERAS DI 99 SPEEDMART DI SEKSYEN 23. MINUM DAN MABUK SATU HAL. SATU HAL LAGI, BOTOL2 ARAK TU DICAMPAKKAN DAN DIBIARKAN BERSEPAH2 DI TENGAH JALANRAYA. SURAT2 BANTAHAN DAH BANYAK DIHANTAR TAPI HABUK TAK DILAYAN OLEH PARA PEMIMPIN ISLAM!!!SEKARANG NI PUN INDIA2 MABUK TU MELEPAK2 DAN BARING2 DI WAKAF DI TAMAN PERMAINAN. ADA KE BUDAK YANG NAK BERMAIN DI TAMAN PERMAINAN TU KALAU ADA INDIA2 MABUK DI SITU???
KALAU KUIL TU DIBINA DI SEKSYEN 23 YANG BEREPAN DENGAN TAMAN PERMAINAN KANAK, TUAN PUAN FIKIR APA AKAN JADI???
AKHIR SEKALI, KEPADA YG SUKA MENGHENTAM PENDUDUK SEKSYEN 23, SILALAH OFFER KAT KHALID SAMAD, RODZIAH & TOKEY KUIL SUPAYA KUIL DI SEKSYEN 19 DIPINDAHKAN KE KWS PERUMAHAN RUMAH TUAN PUAN SUPAYA KAMI DAPAT HIDUP DENGAN AMAN DAMAI. TERIMA KASIH.
-ehsan