KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, September 10, 2009

BN akan senasib LDP di Jepun - Mustafa Ali

KUALA LUMPUR: Kekalahan Liberal Democratic Party (LDP) dalam pilihan raya umum minggu lalu, setelah menerajui Kerajaan Jepun selama 54 tahun menjadi pendorong kepada Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Demikian ditegaskan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali kepada Harakah.

Katanya, dorongan itu akan dijadikan usaha untuk memenuhi tuntutan rakyat yang selama ini muak dengan pemerintahan BN sejak 52 tahun lalu.

Bagaimana pun, beliau berkata, Pakatan Rakyat perlu bekerja keras bagi memastikan momentum rakyat bersama Pakatan sejak pilihan raya umum lalu berterusan bagi memastikan kekalahan BN.

"Sudah tentu bagi mencapai hasrat itu (menumbangkan BN), Pakatan Rakyat perlu berusaha untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat sendiri, di samping memberi contoh terbaik kepada rakyat untuk melihat keupayaan Pakatan Rakyat memerintah," kata beliau ketika dihubungi Harakah.

Mengulas harapan Pakatan Rakyat untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13, Mustafa menegaskan, berdasarkan kekalahan LDP pimpinan Taro Aso yang telah berkuasa selama 54 tahun, yang disinonimkan dengan pemerintahan 52 tahun BN di negara ini, tiada mustahil BN juga boleh tumbang pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, sudah menjadi perkara biasa bagi mana-mana parti yang memerintah terlalu lama, ia akan berasa selesa sehingga tidak mempedulikan nasib rakyat terbanyak.

"Parti yang memerintah lama ini bukan sahaja di Jepun, di India juga jatuh. Apabila satu-satu parti itu memerintah terlalu lama, mereka rasa selesa, tidak terancam hingga tidak mempedulikan orang lain. Begitu juga BN," kata beliau.

Namun, katanya akhir-akhir ini, BN sudah mendapat 'wake-up call' yang agak kuat selepas beberapa siri kekalahan parti itu dalam pilihan raya kecil sebelum ini, yang menjadikan mereka sudah tidak berasa dalam keadaan selesa dan selamat lagi.

Justeru, tegas Mustafa, sudah tentu ia merupakan satu cabaran kepada Pakatan Rakyat untuk mengekalkan tahap pencapaian di negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat, selain memenuhi tuntutan rakyat secara berkesan.

Dalam pada itu, beliau menyeru agar kesepakatan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat diperkuatkan lagi dengan pelbagai pendekatan bijak yang perlu diambil bagi mengelakkan dimanipulasi BN.

"Pakatan Rakyat sudah bermula dengan mengadakan satu seminar antara pimpinan Pakatan Rakyat, yang akan diikuti tindakan-tindakan lain bagi memberikan kefahaman di setiap peringkat tentang kepentingan mengurus kemenangan dan perbezaan pendapat bagi mengelakkan mainan media dan BN," tegas beliau.

Semangat perpaduan dan kesepakatan dalam Pakatan Rakyat sudah terbukti dalam setiap kempen pilihan raya kecil yang berlangsung, dan dalam masa sama perlu dimantapkan lagi dari peringkat atasan hingga akar umbi, ujarnya.

Jelas Mustafa, segala perbezaan pendapat yang timbul antara Pakatan Rakyat perlu diselesaikan sebaik mungkin, dan para pemimpin perlu peka sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh dilihat sebagai perpecahan oleh pihak musuh.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

isy! kenapa perubahan ketara ni?
tsunami politik 308 serta 7 – 1 kemenangan pakatan rakyat dalam prk tidak dapat menjadikan pendorong kepada setiausaha gong pas ni. “pandang ke timur” katakan. malaysia ni bukan timur, barat agaknya?

rakyat already knows what type of person he is. rakyat terengganu, kononnya, pung dah tak minat kat dia. the sudden change ni, not surprising at all lah, coz this guy is smart, he do all the talking “dalam gelap” and his good ulama friend, nasha, terima akibatnya? and nasha, jangan fikir ini cuba nak bela mu, sori beb! Hangpa berdua dari same school of thoughts – unity, unity, unity!!! (trademark).