KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, September 10, 2009

Isu Kuil Seksyen 23: Arak kepala lembu, apa tindakan mufti?

KUALA LUMPUR: Para mufti sepatutnya bertindak segera untuk membetulan ajaran sesat yang menghina Islam serta memalukan umatnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Sebarang perbuatan yang mencetuskan provokasi supaya orang lain menghina Islam serta memberikan gambaran yang sangat buruk kepada Islam hakikatnya adalah perbuatan menghina Islam.

"Adakah para pemimpin Umno Selangor tidak terlibat dengan perarakan ajaran sesat yang memberikan gambaran buruk terhadap Islam itu?" soal beliau ketika mengulas penunjuk perasaan yang mengarak dan memijak kepala lembu di Shah Alam.

Beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan sebuah kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam..

Dari sepanduk-sepanduk bantahan mereka, adalah jelas mereka adalah penyokong Umno kerana melaungkan slogan yang sama dengan slogan yang dilaungkan oleh para pemimpin Umno.

Mereka turut disertai oleh beberapa orang yang mendakwa penduduk kawasan berkenaan.

Mahfuz menyifatkan perbuatan itu sebagai provokasi untuk mencetuskan api perkauman yang bertujuan menutup kelemahan dan keburukan Umno.

"Jika pemimpin Umno mendalangi perarakan ajaran sesat itu, mereka sepatutnya merujuk kepada mufti terlebih dahulu sebelum melakukan perbuatan yang akan menyebabkan pihak lain memburukkan Islam dan umatnya," katanya.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, mana-mana pihak sekalipun boleh membantah apa yang tidak mereka setujui.

"Tetapi, bantahlah secara bertamadun," kata beliau.

Perbuatan menghina agama lain, kata Mahfuz, adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana terdapat nas yang jelas mengenainya,

Di dalam surah al-An'am ayat 108, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Janganlah kamu mencela atau memaki hamun sembahan mereka selain Allah, nanti mereka juga akan memaki hamun Tuhan kamu kerana marah tanpa sebarang ilmu pengetahuan".

Malaysiakini melaporkan, polis hanya memerhati sahaja perbuatan kumpulan itu. Mengulas kejadian tersebut dalam blognya, Datin Paduka Marina Mahathir menulis posting yang bertajuk "Barbarians at the gate".

Beliau menyifatkan perbuatan kumpulan itu mencemarkan agama mereka sendiri.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

What's up, constantly i used to check weblog posts here in the early hours in the dawn, for the reason that i like to find out more and more.

Feel free to surf to my blog post diets that work for women

Tanpa Nama berkata...

Does your website have a contact page? I'm having trouble locating it
but, I'd like to shoot you an e-mail. I've got some creative
ideas for your blog you might be interested in hearing.
Either way, great website and I look forward to seeing it grow over time.


Also visit my website :: New 2015 GMC Canyon

Tanpa Nama berkata...

Greetings! Very useful advice in this particular post! It is the little
changes that produce the greatest changes. Thanks a lot for sharing!


Also visit my website - fast weight loss

selected case berkata...

The Samsung s5 is taking off a storm and as a result of that there have been many cases brought onto the market to help you protect your Tab. There are many styles out there so I'm just going to run through what type of protective cases you can buy for your Samsung Tab.
Samsung Galaxy S5 Cases

oakleyses berkata...

new balance outlet, canada goose, ugg boots, mcm handbags, ugg soldes, herve leger, canada goose outlet, babyliss pro, uggs on sale, birkin bag, reebok shoes, vans outlet, instyler ionic styler, p90x workout, soccer shoes, mont blanc pens, abercrombie and fitch, uggs outlet, north face outlet, canada goose outlet, jimmy choo shoes, hollister, bottega veneta, lululemon outlet, asics shoes, chi flat iron, insanity workout, nike trainers, canada goose outlet, marc jacobs outlet, ugg, ugg outlet, wedding dresses, longchamp, valentino shoes, north face jackets, rolex watches, soccer jerseys, nike huarache, nfl jerseys, roshe run, giuseppe zanotti, beats headphones, mac cosmetics, ferragamo shoes, ghd, celine handbags