BARU-BARU ini memang banyak kedengaran berhubung isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam. Isu ini menjadi lebih kontroversi dan beremosi apabila maklumat yang lengkap dan tepat tidak di perolehi.
Rencana ini ingin menjelaskan keadaan sebenarnya untuk maklumat dan pertimbangan pembaca. Untuk tujuan ini, tiga individu utama yang terlibat secara terus dalam persoalan ini dirujuk.
Dua dari mereka adalah Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, iaitu YB Dr. Xavier dan YB Puan Rodziah dan watak yang ketiga adalah Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Abd Samad.
Untuk memahami keadaan sebenarnya, maklumat berikut perlu diketahui.
1. Dasar Kerajaan Negeri Selangor berhubung pembinaan Kuil.
a) Dasar Kerajaan PR Negeri Selangor berhubung isu kuil adalah 'Tiada pembinaan baru tanpa kelulusan dan tiada operasi meruntuh'.
Ini bererti semua kuil yang sedia ada apabila kerajaan Pakatan Rakyat ambil alih telah disenaraikan dan tiada pembinaan akan dibenarkan kecuali atas sebab-sebab tertentu. Ini merupakan usaha untuk menentukan masalah seperti yang pernah dihadapi oleh pentadbiran dulu di mana kuil-kuil dibina tanpa kawalan sehingga menyebabkan operasi meruntuh berlaku dapat dielak.
b) Kuil-kuil sedia ada yang tidak terletak atas tanah yang diwarta sebagai tapak kuil dan/atau terletak di lokasi yang tidak sesuai hendaklah dipindahkan.
Ini bererti operasi perpindahan kuil ke tempat yang lebih sesuai yang menjamin ketenteraman dan kesejahteraan bagi pengunjung kuil dan masyarakat berhampiran akan diusahakan. Operasi perpindahan hendaklah mendapat persetujuan jawatankuasa kuil dan juga pihak-pihak lain yang berkaitan. Tapak baru akan diwartakan sebagai tapak kuil.
c) Kuil-kuil yang berdekatan satu sama lain hendaklah disatukan sekiranya mungkin.
Tindakan ini berdasarkan persetujuan jawatankuasanya dan akan mengikut keperluan dan taburan penduduk beragama Hindu. Secara ringkas, inilah dasar-dasar yang ingin dilaksanakan.
2. Latar belakang isu Kuil Seksyen 19.
Dalam usaha melaksanakan dasar-dasar tersebut, kuil Seksyen 19 diberi keutamaan kerana masalah di situ sudah meruncing kerana kedudukan kuil betul-betul di depan rumah penduduk Islam. Yang memisahnya hanya jalan selebar 20 kaki di antara rumah-rumah dan kuil tersebut.
Banyak aduan dan rayuan telah diterima oleh wakil-wakil rakyat dan juga pihak PBT dan suasana yang tegang pernah dilalui. Masalah ini telah dihadapi penduduk selama 26 tahun.
Keputusan untuk memindahkan kuil tersebut pernah dibuat oleh kerajaan lama BN. Namun lokasi yang dipaksakan ke atas pengunjung kuil tersebut adalah di Seksyen 22, lebih kurang 3 kilometer lebih dari tapak asal. Ianya juga terletak ditengah-tengah kawasan industri berat dan dianggap kurang sesuai.
Apabila kerajaan PR mengambil alih tugas ini, PKNS diarah untuk mencari tapak yang sesuai dalam lingkungan satu hingga dua kilometer dari tapak asal. PKNS diberi tugas ini kerana tapak di Seksyen 19 merupakan hak milik PKNS. Rumah teres dua tingkat akan dibina ditapak tersebut apabila kuil berjaya dipindahkan.
3. Latar belakang pemilihan tapak di Seksyen 23.
Shah Alam telah pesat dibangunkan sejak 26 tahun yang lalu. Lebih lebih lagi bagi kawasan seperti Seksyen 19, 20 dan 23. Mencari tapak baru dalam lingkungan jarak 1 hingga 2 kilometer dari tapak asal bukan mudah. Tidak ada banyak pilihan.
Asalnya satu tapak di Seksyen 23 telah dipilih. Ianya di tengah kawasan kilang dan terdapat gerai makan di situ. Semua pihak, termasuk jawatankuasa kuil, PKNS, MBSA dan kerajaan negeri telah bersetuju dengan tapak berkenaan. Namun apabila ’Public Hearing’ diadakan dengan pemilik dan pengusaha kilang-kilang sekelilingnya, hujjah-hujjah keselamatan dan ketidak-sesuaian tempat itu dikemukakan oleh mereka. Atas kekuatan hujjah ini, cadangan pertama ini telah ditarek balek.
Tapak yang sedang dibahaskan sekarang merupakan tapak cadangan kedua. Ianya terletak di kawasan industri, jauh (lebih kurang 600 kaki) dari rumah terdekat dan jauh juga dari surau. (Peta disertakan).
4. Proses seterusnya.
PKNS, MBSA, Jawatankuasa Kuil dan juga Exco kerajaan Negeri telah mempersetujui tapak cadangan yang terbaru ini. Proses seterusnya ialah untuk mengadakan dialog dan penjelasan kepada penduduk di Seksyen 23.
Dialog ini hanya diadakan selepas persetujuan pihak-pihak tersebut diperolehi. Tidak ada makna mengadakan dialog sebelum persetujuan mereka ini diperolehi.
Ikuti pandangan dan penjelasan dalam posting di bawah - tiga pemimpin terbabit, berkaitan isu Kuil Seksyen 23 yang dieksploitasi oleh Umno bagi memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor:

1 ulasan:
Hi. I’m Isaac. My friends kept asking me about the site for the temple in my housing area (Section 23) & I’ve told them. They came. They saw. They make their own assessment. Now, I’d like to make an open invitation to all Malaysians regardless of religion, political party or race to come here and have a look at the location that was earlier approved by the Exco’s. The direction is very simple. Upon entering Section 23, you will see the electrical shop, Seng Heng on your right; you turn left into Jalan Bonus. At the end of Jalan Bonus, there’s a t-junction & you make another left turn. You won’t miss it. The trees of the said location were recently cut down by pkns after the ‘fiasco’ at mbsa. Maybe then, others will understand why the Malays and Hindus of Section 23 acted the way they did.
Lastly, I’d like to wish all my Muslim friends a merry raya & have a wonderful holiday ahead. May we continue to live in peace & harmony. Amen.
Catat Ulasan