KEMELUT politik Perak masih belum menemui jalan penyudahnya apabila Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang cuba diadakan pada 2 September lalu dihalang pasukan polis dan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat gagal untuk memasuki Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak SUK ditutup bermula jam 6.30 pagi.
Arahan yang dikeluarkan oleh speaker V.Sivakumar untuk mengadakan sidang Dun pada hari tersebut terus diengkar oleh Adun-adun Barisan Nasional (BN) dan juga Adun bebas. Mereka tetap menganggap Sivakumar bukan lagi speaker Dun Perak sebaliknya Dato' R Ganesan yang dilantik oleh wakil rakyat BN Perak ketika sidang Dun 7 Mei lalu.
Krisis politik di Perak ini bermula 5 Februari lalu setelah Najib mengambil alih jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak daripada Dato' Seri Tajol Rosli.
Tindakan Najib seperti yang diketahui umum begitu agresif dalam siri penculikan, ugutan dan tawaran.
Najib merasakan beliau boleh berbuat apa saja tanpa perlu bertanggungjawab terhadapnya walaupun perbuatan jenayah kerana tampuk pemerintahan tertinggi negara akan berada didalam genggamannya.
Kerajaan pilihan rakyat yang sedia ada digulingkan dengan cara yang paling jijik oleh pihak-pihak yang paling hina. Dua Adun KeADILan, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) yang menghilangkan diri sebelum itu telah bertindak keluar dari parti keADILan dan mengisytiharkan mereka sebagai Adun bebas.
Begitu juga dengan Adun Jelapang dari DAP, Hee Yit Fong yang turut mengisytiharkan keluar DAP dan menjadi wakil rakyat bebas. BN menamakan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar baru.
Berikutan dengan rampasan kuasa itu, satu sidang tergempar telah dipanggil pada 3 Mac 2009 namun usaha untuk memasuki Bangunan SUK telah dihalang polis dan sebuah trak FRU menutup pintu utama bangunan sekretariat kerajaan negeri.
Ketua polis daerah Ipoh, Azisman Alias enggan berunding dengan kumpulan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat, dengan menyatakan tiada sesiapa dibenarkan masuk.
Namun Adun-Adun Pakatan Rakyat tetap berpegang dengan arahan speaker V. Sivakumar dan sidang tergempar Dun diadakan juga di tempat letak kenderaan, juga dekat Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah bangunan tersebut yang menempatkan dewan itu ditutup.
Ia diadakan di bawah sepohon pokok - yang kemudiannya dinamakan Pokok Demokrasi- dan semua 27 wakil rakyat Pakatan termasuk Nizar hadir dengan dipengerusikan oleh speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut. Sidang bersejarah DUN dibuka dengan bacaan doa, sambil diperhatikan kira-kira 300 penyokong.
Usul pertama yang dibentangkan dalam sidang Dun bawah pokok itu menyatakan undi percaya kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - diluluskan dengan sebulat suara. Usul kedua, membubarkan Dun, diluluskan dengan sebulat suara.
BN cuba mendapatkan perintah mahkamah untuk mengatakan sidang tersebut tidak sah, gagal apabila ia diputuskan sah.
Sidang tergempar yang terpaksa diadakan dibawah pokok itu diadakan selepas speaker V. Sivakumar yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak yang diadakan pada 18 Februari.
Keputusan mesyuarat tersebut, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.
Pada 7 Mei lalu, BN telah memanggil sidang Dun dan ia diadakan di bangunan SUK dan ia telah menimbulkan kekecohan kerana wakil-wakil rakyat BN tidak menghormati kuasa speaker yang masih dipegang oleh V.Sivakumar.
Mereka - wakil rakyat BN - bertindak biadap dengan membuat usul memecat Sivakumar dan seterusnya melantik speaker baru yang dipilih dari MIC, Dato' R Ganesan.
Pada awalnya Pakatan Rakyat mempertimbangkan kemungkinan untuk memulau sidang Dun Perak tersebut sebagai tanda protes. Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, keputusan BN memanggil sidang Dun juga bertentangan dengan kenyataan Perdana Menteri Najib Razak sendiri pada 1 Mac bahawa sidang tidak seharusnya diadakan sehingga mahkamah memutuskan status kerajaan negeri.
Namun Pakatan Rakyat memutuskan untuk menghadiri sidang itu dan akan berada di sebelah kanan kerana mereka masih lagi kerajaan yang sah.
Sejak awal, sidang tersebut telah menimbulkan kekecohan bermula dengan tangkapan pemimpin PAS, Mohamad Sabu sehari sebelum persidangan tersebut atas tuduhan menghasut orang ramai supaya mengagalkan persidangan Dun Perak itu.
Hari persidangan Dun itu merupakan antara hari hitam bagi demokrasi kerana belum pernah berlaku polis dibenarkan masuk ke dalam dewan dengan membawa pistol dan seterusnya menarik keluar speaker V. Sivakumar sebelum mengurungnya di dalam sebuah stor.
Akibat kekecohan tersebut, titah Sultan Perak gagal dibahaskan dan setelah tiga bulan, speaker V.Sivakumar sekali lagi memanggil persidangan Dun pada 2 September lalu.
Wakil rakyat BN enggan menghadiri persidangan tersebut dan R Ganesan juga mengeluarkan arahan supaya tidak diadakan sebarang sidang Dun pada tarikh tersebut.
Namun, Pakatan Rakyat tetap meneruskan sidang Dun itu biarpun mereka sekali lagi dihalang dari memasuki Bangunan SUK. polis mengawal ketat bangunan tersebut dan menghalang mereka masuk. Selepas setengah jam bertegang urat dengan polis, Sivakumar dan Adun Pakatan rakyat beralih ke Hotel Heritage.
Tiga orang Adun Pakaan Rakyat ditahan polis ketika cuba memasuki bangunan SUK dan sidang Dun di hotel Heritage mengesahkan keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM500,000 ke atas Speaker BN, Dato' R Ganesan and ADUN Bebas pro-BN, Hee Yit Foong.
Apa yang berlaku pada 2 September lalu menandakan krisisi politik Perak belum menemui jalan penamatnya. Hanya membubarkan Dun Perak sahaja akan dapat menamatkan krisis politik yang telah berlaku lebih enam bulan itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan