DALAM perutusan Hari Kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 2009, sungguh mulia sekali harapan Perdana Menteri untuk melihat pengukuhan dalam perpaduan para penduduk di Malaysia. Bahkan inilah sebenarnya yang menjadi cabaran terbesar rakyat Malaysia hari ini yakni untuk membaikpulih jambatan yang sedia ada disamping meruntuhkan tembok-tembok pemisah yang wujud diantara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Walau bagaimana pun dari harapan itu, maka mulalah masyarakat pelbagai kaum dikelirukan yang kononnya segala susah payah ini telah digoyahkan oleh golongan tertentu yang cuba bermain di air keruh demi menangguk sesuatu.
Jika kita tanya, siapa pihak yang dimaksudkan itu, maka mula berteka tekilah kita dari sahur sampai ke pagi dalam sebuah permainan syak yang boleh menjurus kepada sengketa. Inilah dia bahayanya faham kebangsaan apabila ia menjadi anutan yang dinasionalkan. Melayu dengan Umnonya, MIC dengan Indianya dan MCA dengan Cinanya.
Ujian secara kes di dalam sebuah konteks terkini boleh kita bedah lewat peristiwa demonstrasi yang mengusung kepala lembu tanpa permit, yang diizinkan (?) berlaku di hadapan Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor pada Hari Jumaat, 28 Ogos 2009, yakni senggang tiga hari sahaja dari sambutan Hari Kemerdekaan kita kali ke 52.
Apa yang berlaku pada hari itu ialah 50 demonstran yang mengarakkan kepala lembu dari Masjid Negeri ke Kompleks Kerajaan di Shah Alam. Apa yang berlaku ialah ucapan dan laungan kata-kata yang mencabar.
Apa yang berlaku ialah tiada gangguan gas pemedih mata atau semburan air yang menyurai perhimpunan. Apa yang berlaku adalah kepala lembu ini akhirnya dipijak-pijak yang niatnya akan menjadi teka teki kepada semua orang.
Sebenarnya menjadikan lembu sebagai alat protes banyak mengundang kepada pelbagai perkara sensitif yang menyentuh agama dan adat budaya.
Dari perspektif Islam, terdapat surah khusus iaitu Al-Baqarah atau Sapi Betina yang mengandungi 282 ayat. Surah ini dinamai Al-Baqarah kerana di dalamnya disebut kisah penyembelihan lembu betina yang diperintahkan oleh Allah S.W.T ke atas Bani Israil.
Ini terkandung dalam Ayat 67 hingga 74. Dalam konteks korban Aidil Adha, lembu menjadi bahan sembelihan - sekali lagi haiwan ini ada perkaitannya dengan perkara ibadat. Demikian juga dengan kenduri perkahwinan dan apa juga jamuan kesyukuran - lembu sangat sinonim dengan penyempurnaan apa jua hajat yang suci.
Dalam sejarah dan kehidupan alam budaya orang Melayu sekalipun, lembu sebagai binatang ternak mempunyai nilai sentimental; ia akrab dalam tradisi kehidupan orang Melayu.
Apabila 50 anak muda Melayu membuat unjuk rasa dengan mengangkat kepala lembu yang masih bertitis darahnya, maka nampaklah akan betapa dangkalnya kefahaman tentang latar agama dan akar kandungan budaya yang telah tersemat dalam pengucapan tamadun Islam berasaskan ayat-ayat Al-Quran dan nilai-nilai etos dalam sistem kebudayaan masyarakat lain.
Soal kepatuhan adab dan menghormati adat cukup bersikap taboo. Jika mahu bercakap tentang keaslian Melayu maka kita perlu kembali kepada transkrip yang terdaftar dalam tradisi persuratan Melayu; sistem adat orang Melayu. Mari kita ambil dua tiga rangkap pantun yang mengembalikan kesedaran ini:
Adat Melayu pantang menipu
Bercakap dusta memang haram
Sifat Melayu mengusung malu
Adab dijaga siang dan malam.
Apa tanda perahu tersekat
Dikayuh gayung tidak berganjak
Apa tanda Melayu beradat
Teguh menjunjung sunnah dan syara’.
Elok parang kerana tajam
Mata tajam banyak guna
Elok orang adatnya faham
Kerana faham nampak mulia.
(Dipetik dari koleksi pantun Melayu Riau).
Dalam konteks masyarakat Hindu, lembu adalah lambang keagamaan. Ia menjadi simbol kehidupan yang tidak boleh dibunuh. Ia menjadi taboo. Dalam ‘rigveda’, lembu dirujuk sebagai dewi (goddess) yang dikenalpasti sebagai ‘Aditi’ atau ‘ibu Tuhan’ (mother of the gods).
Dalam suasana suburnya kepercayaan Hinduisme, penganut-penganutnya tidak memakan daging lembu. Bagi pengamal vegetarian jainism, perkara ini serius. Dalam abad-abad yang awal,lembu adalah ‘hadiah suci’ kepada golongan dari kasta Brahma. Adalah dipercayai bahawa membunuh lembu sama seperti membunuh seorang Brahma. (To kill a cow if equal to killing a Brahma).
Dalam keadaan inilah kita sedang menyaksikan insiden kebodohan yang dicetuskan oleh para demonstran pada 28 Ogos 2009 yang lalu. 28 Ogos 2009 adalah Hari Jumaat dimana seluruh umat Islam berada dalam bulan puasa. Tema perkauman yang ditiup cukup berbahaya.
Solat Jumaat dalam bulan Ramadan membawa wajah Islam sepenuhnya tetapi mengarakkan kepala lembu yang berlumuran darah lalu memijak-mijaknya; itu kontra Islam dan bukan kerja dari adat resam orang Melayu.
Cukup sedih kita apabila terdapat lagi orang Islam yang jahil agama, tidak faham sentimen, gagal memahami etos dan kepercayaan orang Melayu. Atas nama ultra Melayu, mereka menghina dan menjatuhkan maruah orang Melayu.
Dunia semakin global. Youtube ini sudah boleh disaksi dan dibuat rating oleh dunia. Apa kata warga dunia tentang kita. Islam di dunia sebelah sini yang bagaimana? Yang waras dan toleran atau Islam yang keras dan bertaraf moron? Melayu yang global atau Melayu yang glokal? ATAU, Melayu yang dangkal dan dungu?
Kalau ya melakukan protes sekalipun, biarlah waras. Sekali kita menghina agama orang, kejahilan orang ke atas agama kita akan tentu tidak tertahan untuk kita menanganinya nanti. Di ketika itu, usah dicari syahid yang bukan-bukan kerana kita yang memulakannya.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud “dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka.” - (Sebahagian dari Ayat 108: Surah Al An’aam).
Pada saya, gelagat 50 demonstran berkenaan sudah melintasi segala garis dan batas kewarasan. Hasutan; itulah perkataan yang sehabis minimum dan sehabis toleran yang mungkin wajar kita kalungkan ke leher mereka. Ingatlah bahawa penghormatan adalah perkara resiprokal. Ia bersalingan.
Kata toleransi beragama? Mana? Tidakkah rumah ibadat adalah keperluan pelbagai penganut. Selagi ia memenuhi segala piawai, maka apa masalahnya?
Dari segi tindakan susulan kuatkuasa undang-undang, sukar sangatkah untuk mengenalpasti dalang dan aktivis di depan dan di belakang demonstrasi jika klip video yang selama 9 minit itu diteliti dan diulang tayang untuk mencekup dan mendakwa pihak yang terlibat di bawah Akta Hasutan.
Unsur membangkitkan kemarahan yang melangkau batas kaum pun sudah ada. Pelakunya pun jelas, baik yang bersongkok, berketayap, yang mengheret dan memijak kepala lembu, yang bertakbir, yang berpidato, yang angkat sepanduk dan melaung-laungkan perkataan menghina dengan nada yang sangat mencabar.
Yang dicabar pula adalah kerajaan, individu yang ada hubungan dengan autoriti bersaksikan puluhan anggota polis yang memantau sebuah perayaan unjuk rasa. Segalanya lengkap divideokan.
Gambar dan video jarang berbohong. Percubaan berdalih dan melarikan cerita akan menggugat kepercayaan rakyat yang sudah sedia curiga terhadap Umno/BN. Jika sewaktu membuat demonstrasi aman secara memasang lilin sebagai simbol menentang ISA, polis boleh bertindak terlalu tegas ke atas para demonstran, kenapa tidak untuk kes ini?
Jika hendak kembali kepada adat dan istiadat orang Melayu, maka marilah kita kembali kepada sikap orang Melayu dalam soal akhlak dan budi:
Besar kayu kerana uratnya
Kuat menghunjam pemasak bumi
Besar Melayu kerana adatnya
Adat resam penegak budi
Pendek kata,
Sifat perahu suka di air
Tenang air berolak landai
Melayu beradab suka berfikir
Bila berfikir nampaklah pandai.
Dalam terdapatnya 52 laporan polis, kita perlu memberi tahniah kepada golongan masyarakat kaum India. Ini kerana mereka masih kelihatan waras dan meletakkan kesabaran di hadapan. Dengan sikap terpuji inilah, api perkauman yang mungkin sengaja dicetuskan ini dapat dielakkan dari terus membakar.
Dalam isu ini, harapan setiap warganegara tentu sekali mahu melihat keadilan ditegakkan. Janji tentang sedang berjalannya siasatan yang sehabis rapi perlu dibuktikan oleh Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Ini perkara kecemasan yang perlu disegerakan. Jangan sampai api dari sebatang mancis boleh membakar sebuah rimba. Ini adalah musim orang bercakap mengenai perpaduan. Jangan sampai orang melihat Umno sebagai dalang yang berada di belakang insiden pada 28 Ogos 2009 itu.
Oleh ANUAL BAKRI HARUN
Penulis adalah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan

2 ulasan:
Ibrahim Ali sekali lagi membuat kenyataan yang boleh dikatakan boleh menimbulkan kontroversi.
1. Ada puak yang memiliki kuasa tetapi tidak mahu mempertahankan agama Allah.
2. Bacul dan bukan pemimpin yang boleh diharap.
http://pkrpasdap.blogspot.com
Sesiapa yang memerintah sama saja!!!Umno sama,PAS/PRpun sama, cakap tak serupa bikin!!!!Umno dengan kroni umno,PAS/PR dengan kroni PAS/PR,dua dua tak guna!!!UMNO memperjuangkan nasib orang melayu konon,tapi masaalah ketirisan dah hampir 30tahun tak berubah rubah,macam tu juga,lesen yang di ALI BABA macam cendawan banyaknya,orang melayu yang benar benar menjalankan lesen sendiri hidup segan mati tak mahu,terpaksa bersaing/berebut dgn bukan bumi,walaupun khas utk bumi,lebih baik open dah macam tu,puas hati juga,siapa yang boleh bersaing dia yang punya,kalau setahun dua tu tak apalah juga,ini dah 30tahun,dasar yang dicipta cukup cantik,tapi pelaksanaan tak ada,pemantauan jauh sekali,PAS/PR pula satu hal..asyik dengan tafsiran hadis/surah saja,ada saja isu sikit,hadis ni keluar..hadis itu keluar..surah ni keluar surah itu keluar..macamlah orang lain tak tahu,dia orang saja yang tahu,orang lain semuanya bodoh,hadis/surah dari dulu dah tau,dari kecil dah dengar semua tu,negeri yang diperintah tak ada sesuatu yang baru dicipta,adjust aja yang lama,konon konon dia orang yang buat,setakat menambah baik yang orang lain dah buat tak payah le,orang binggungpun tahu...
Catat Ulasan