KUALA LUMPUR: Demi keselamatan negara, PAS memohon supaya Yang di-Pertuan Agong menolak pelantikan semula Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara yang akan berakhir 14 September ini.
Kedua-dua Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub mahu khidmat Musa tidak disambung lagi ekoran integritinya yang dipersoalkan sejak dahulu hingga kini, dikaitkan dengan penguasaan penjenayah terhadap badan keselamatan itu.
Sikap Musa yang enggan mengulas tuduhan, beliau mengizinkan penjenayah menguasai pasukan polis menimbulkan persoalan besar terhadap kredibilitinya, kata Salahuddin.
Malah, beliau mendakwa, ia juga menyebabkan kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein lebih dipertikaikan.
"Mengapa selepas mengambil alih kerajaan April lalu, Najib dan Hishammuddin terus mengekalkan seorang KPN yang telah begitu lama dipertikaikan kredibilitinya?
"Sama seperti kita mahukan seorang Perdana Menteri yang bersih dan dilihat bersih sejak dari mula Najib menyandang jawatan itu, kita juga mahukan seorang KPN yang bukan sahaja bersih tetapi dilihat bersih.
"Amat mengecewakan apabila hendak melantik KPN yang bersih dan dilihat bersih pun tidak mampu dilakukan oleh kerajaan Najib," kata Salahuddin.
Sementara itu, bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara 1 September lalu, Mahfuz berkata, Yang Di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi negara berkuasa penuh untuk menolak cadangan tersebut kerana sebelum ini baginda juga pernah pernah menolak cadangan Perdana Menteri pada tahun 2007 untuk menyambung perkhidmatan Ketua Hakim Negara.
"Oleh kerana perkara ini sangat serius dan melibatkan jaminan keselamatan negara dan rakyat, maka saya memohon agar Yang di-Pertuan Agong untuk menolak usaha dan cadangan yang mungkin dibuat oleh kerajaan bagi menyampung perkhidmatan Tan Sri Musa Hassan sebagai ketua polis negara.
"Jika cadangan mengenai perkara ini sudah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, mungkin baginda sudah merestunyai, (tetapi) oleh kerana ia belum dirasmikan, saya merasakan baginda boleh menarik balik (perkenan itu)," tegas Mahfuz.
Dalam laman web kelolaannya, Malaysia Today, Raja Petra semalam menyiarkan kenyataan bersumpah yang mengandungi pelbagai tuduhan terhadap Musa.
Malaysiakini melaporkan, Musa enggan mengulas tuduhan-tuduhan itu.
Walaupun dipadamkan identiti dan beberapa maklumat lain dalam kenyataan bersumpah itu, Raja Petra berjanji akan menyiarkan kesemuanya jika perkhidmatan Musa sebagai KPN disambung semula.
Dalam kenyataan bersumpah yang dikatakan dibuat oleh seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadinya (aide-de-camp atau ADC), Musa dituduh menyebabkan pasukan polis dikuasai penjenayah berikutan hubungannya dengan kumpulan itu.
Pegawai polis itu menuduh Musa membiarkan kepala-kepala penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan penentuan jawatan mereka.
Sebagai ADC kepada Musa, kata pegawai polis itu, beliau diarahkan untuk "menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh BK Tan".
Laporan sebelum ini mendakwa Tan adalah kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga didakwa menguasai sistem maklumat berkomputer polis.
Pegawai polis itu juga mendakwa bahawa sesetengah arahan pertukaran dibuat dengan tujuan untuk memerangkap pegawai yang diarahkan berpindah itu.
Sesetengah arahan pertukaran pula dibuat untuk memperlihatkan seolah-olah Musa melakukannya dengan tujuan menghapuskan rasuah.
Musa juga dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta dari tiga kepala penjenayah.
Johari pada masa itu ialah Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan dikatakan tidak mempunyai hubungan baik dengan Musa.
Kenyataan bersumpah pegawai polis yang mendakwa pernah menjadi ADC kepada Musa itu juga mengulangi tuduhan bahawa Musa berada di sebalik pakatan jahat ke atas bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusof dan lain-lain pegawai yang terlibat menyiasat beberapa kepala penjenayah.
Ramli dan pegawai-pegawai tersebut sebelum ini menghadapi tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ketika itu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Pegawai polis tersebut juga menyatakan beliau pernah memaklum dan mengadukan perkara itu kepada begitu ramai pembesar termasuk Johari sendiri dan bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.
"Bagaimanapun, tidak banyak yang dapat dilakukan bila perkhidmatan Musa (sebagai KPN) dilanjutkan dua tahun lagi pada Julai 2007 lalu oleh Perdana Menteri sebelum ini, (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu.
"Ia menjadi pengesahan yang sangat kuat bahawa kerajaan berada di belakang Musa sepenuhnya," kata pegawai polis itu dalam kenyataan bersumpahnya.
Menurut Raja Petra, terdapat tanda-tanda bahawa kerajaan mahu menyambung lagi perkhidmatan Musa untuk kali ketiga apabila tempoh perkhidmatannya kini tamat pada 14 September akan datang.
"Ini bermakna kumpulan kongsi gelap Cina akan terus menguasai pasukan polis dan menentukan siapa yang ditukarkan, dinaikkan pangkat, diturunkan pangkat dan dicampak ke dalam penjara.
"Ya, mereka bertindak sehingga ke peringkat mencampakkan pegawai-pegawai polis yang enggan 'berkerjasama' ke dalam penjara. Dan, hari ini, kami mengemukakan bukti mengenainya," kata Raja Petra.
Sementara itu, bagi menambahkan keberkesanaan pemantauan jenayah, Mahfuz pula mencadangkan nisbah anggotanya di lapangan distruktur semula.
“Kita lihat, (bilangan) polis sendiri, 70 peratus daripada 96,000 (orang) ini, banyak terlibat dalam pentadbiran, di pejabat. Maknanya majoritilah.
“Jadi, yang kita hendak sekarang ini, lebih banyak anggota polis berada di lapangan, bersama masyarakat untuk membasmi jenayah, bukannya duduk di pejabat,” katanya.
Baru-baru ini, khidmat Musa Hassan disambung sethun lagi sebagai Ketua Polis Negara dan banyak pihak tidak berpuashati dengan perlantikan ini.

1 ulasan:
Despite the fact that addiction to pc video games doesn't (yet) qualifies
to the Diagnostic and Record Manual of Psychological Disorders (DSM), extreme gaming is something which is something which has begun to obtain widespread attention and there's a raging discussion on its dangerous side effects.
Core gamers are enticed by graphics, deep sound
design, high resolution environments. If you want to win, be prepared to learn a lot of skills.
Here is my web page; Heroes Of Dragon Age Cheats
Catat Ulasan