KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, April 12, 2011

Jangan layan Bebas: Tian Chuan mahu pengundi Sarawak fokus kepada Pakatan Rakyat dan BN sahaja



Pilihan Raya ke-10 di Sarawak kali ini agak panas apabila pencalonan yang diterima daripada calon bebas mencatat jumlah tertinggi, sebanyak 41 calon. Pencalonan ini sudah tentu akan mengelirukan pengundi. Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Sarawak, Tian Chua merayu agar pengundi-pengundi fokus kepada dua parti yang bertanding sahaja iaitu Pakatan Rakyat dan BN. Ikuti hujah beliau yang juga Naib Presiden KeADILan mengenai perkara itu. Wartawan SALMIYAH HARUN ada butirannya.

Dalam pilihan raya umum di Sarawak kali ini nampaknya calon bebas yang begitu ramai. Kehadiran mereka sudah tentu akan berlaku pecah undi...

Kita jangan terlalu fokus tentang SNAP atau KeADILan, kita perlu lihat antara Pakatan Rakyat dan BN serta calon-calon lain. Ada SNAP, calon bebas dan Parti Cinta Malaysia. Mereka bukan cabaran yang serius bagi BN dan kita hanya perlu fokus dua parti sahaja iaitu Pakatan Rakyat dan BN. Calon bebas dan parti lain tidak dapat mewakili semua suku kaum di Malaysia termasuklah di Sarawak. Pakatan Rakyat adalah salah satu dalam meletakkan calon dari semua bangsa yang akhirnya boleh bertindak satu pasukan yang membela nasib orang Sarawak, tidak kira bangsa atau agama mereka. Jika kita pilih calon bebas mana-mana pihak mereka tidak mempunyai hala tuju yang sama dan tidak mempunyai manifesto serta fahaman politik yang tidak sehaluan. Kebanyakkan kita lihat calon bebeas ini akhirnya kembali kepada BN.
Kita sebagai juga sebagai Pakatan Rakyat sekarang sudah menunjukkan bahawa kita juga mampu memerintah. Kalau rakyat Sarawak sokong kita di semua tempat, dan kalau dengan keizinan Allah dan rakyat mungkin lebih daripada separuh kerusi yang dipertandingkan boleh membentuk kerajaan. Rakyat Sarawak boleh yakin dengan rekod yang kita ada di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Kita mampu memerintah. Kalau kita pilih calon bebas atau parti lain, apa kemampuan mereka untuk memerintah?  Itulah sebab kita merayu supaya pengundi-pengundi  Sarawak hanya fokus kepada Pakatan Rakyat, sebagai satu ikatan politik yang serius yang mampu melakukan perubahan mereka.

Sejauh mana propaganda BN termasuklah sebarkan 'fitnah video seks'. Ia boleh mempengaruhi pengundi di Sarawak?

Tidak ada yang peduli tentang video ini, langsung tidak menjadi isu. Saya tahu ini cara BN cuba mengalihkan pandangan daripada isu yang serius.  Rakyat Sarawak sedang menghadapi kemiskinan dan infrastruktur pembangunan menyeluruh boleh membantu mereka menaikkan taraf kehidupan. Ramai orang asal hilang tanah adat mereka diambil oleh 'taicoon' dan dirampas oleh kerajaan selain kemusnahan alam semula jadi disebabkan oleh pembalakan. Dan inilah isu-isu yang mereka prihatin, mereka tidak peduli atau tidak menjadi masalah tentang moraliti orang politik, mainan politik atasan dan konspirasi ini. Rakyat Sarawak tidak berminat untuk berkecimpung dalam perbahasan yang sia sia, ini kerana tidak bermakna bagi mereka. Kerajaan sepatutnya fokus dalam isu-isu ada kepentingan rakyat dan jangan cuba alih pandangan dengan skandal dan konspirasi.

Ada kemungkinan Pakatan Rakyat boleh kuasai Sarawak kali ini?

Bukan satu  perkara yang boleh diputuskan oleh kami, sama ada kita mampu kuasai Sarawak,  terpulang kepada kesediaan rakyat, kita dalam perjuangan mengambil kesempatana untuk menyebar maklumat utuk dekati rakyat supaya mereka faham tentang prinsip perjuangan kita.

Sejauh mana Pakatan Rakyat mampu mengundang ancaman keras kepada BN?

Kalau kita tidak ancam kedudukan BN,  dia tidak akan meletakkan calon yang banyak untuk mengelirukan. Kalau kita ada kekuatan kita tidak lihat Dato' Seri Anwar Ibrahim ditimpa pelbagai fitnah ini semu ada tanda-tanda rasa terancam.

Umno BN akan menggunakan apa cara sekali pun dalam pilihan raya ini termasuklah politik wang. Tidakkan ini akan mempengaruhi pengundi di sana?

Saya ingat kita ada keyakinan atas kebijaksanaan. Saya ingat mereka boleh lihat selepas 23 tahun diperintah oleh seorang Ketua Menteri yang hanya mengkayakan diri dan keluaganya. Imbuhan hanya merupakan gula-gula sementara sahaja.

Tiada ulasan: