KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 07, 2011

Tuduhan "Anwar berzina" oleh Datuk T: Mahukah Jawi siasat laporan rasmi Qazaf daripada AMK?


Dua daripada tiga Datuk T pada sidang media mendakwa "Anwar berzina" hanya bersandarkan video cctv

Angkatan Muda KeADILan (AMK) membuat laporan kepada Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) di bawah Seksyen 41 Akta Jenayah Wilayah Persekutuan, dengan memfailkan Qazaf terhadap tiga individu yang terbabit dengan menyiarkan video seks yang kononnya membabitkan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Aanwar Ibrahim.

Laporan telah dibuat oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar di Pejabat Jawi dengan ditemani oleh beberapa pimpinan AMK yang lain. Menurut Shamsul, beliau telah memfailkan Qazaf itu kepada Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Dato' Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Dato' Shuib Lazim yang menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks kepada media pada 21 Mac lalu.

Ini katanya, retetan daripada pertuduhan Dato' T yang secara khusus merujuk kepada rakaman video seks yang ditayang kepada wartawan di Carcosa Seri Negara. Susulan daripada tayangan itu, ketiga yang terbabit telah menuduh Anwar ialah orang yang melakukan zina di dalam video tu.

"Dalam Undang-undang Syariah memperuntukkan jika berlaku pertuduhan dalam maksud seseorang itu melakukan zina, maka ia perlu membawa empat orang saksi," katanya. Katanya beliau akan hadir semula ke Jawi pada 18 April untuk memberi keterangan kepada pegawai yang menyiasat. 

Tiada ulasan: