KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, April 06, 2011

Mahkamah sudah gagal, rakyat mesti proaktif selamatkan Malaysia dari petualang kuasa - Prof Dr Abdul Aziz Bari


Rakyat perlu mengambil bahagian yang aktif untuk mempastikan ada perubahan yang besar di dalam negara. Ini kerana sebahagian besar institusi penting telah menjadi alat politik dan ini menyebabkan pentadbiran tempang dan keadilan tidak wujud.

Demikian ditegaskan Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta memberi komen tentang rasuah pilihan raya yang mula kelihatan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Ketua KeADILan Sarawak, Baru Bian, Khamis lalu mendakwa wang tunai mula ditabur di beberapa buah rumah panjang di negeri itu. Sebelum ini,  TI International, sebuah NGO antarabangsa menyatakan janji pilihan raya adalah rasuah politik. Kenyataan itu membuat Dato Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri naik angin.

Khamis lalu, Timbalan Pengerusi SPR, Dato' Wan Ahmad Wan Omar berkata, masalah itu adalah bidang kuasa SPRM. Sebelum itu SPRM enggan memberi jawapan ketika ditanya tentang siasatan ke atas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.

"Itulah yang telah dan akan kita lihat selagi tidak ada perubahan di Putrajaya. Dan kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana mahkamah juga tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya", jelas Aziz. Pakar Perlembagaan itu berkata sepatutnya mahkamah adalah benteng terakhir dalam mempastikan kesalahan dan kelembapan di dalam sistem dapat ditangani.

"Tetapi kita sudah lihat bagaimana mahkamah menangani isu-isu seperti itu", ujarnya sambil berkata TI International adalah betul bila mereka kata SPR gagal menjamin pilihan raya yang adil. Kita sudah lihat bagaimana mereka enggan menggunakan dakwat kekal meskipun jutaan ringgit wang rakyat telah digunakan untuk membelinya. Kemudian SPR sibuk menyekat parti politik tertentu mengibar bendera hanya kerana mereka tidak bertanding. Saya aneh dari mana mereka dapat kuasa ini? SPR juga sibuk meminta Pakatan Rakyat didaftarkan tetapi kita tahu Pendaftar Pertubuhan tidak berbuat apa-apa meskipun permohonan telah dikemukakan", tambahnya.

Profesor undang-undang itu berkata tidak ada undang-undang yang memestikan bahawa ada bilangan minimum parti sebelum pendaftaran boleh diluluskan. Beliau menegaskan, undang-undang atau peraturan seperti ini bertentangan dengan Perlembagaan. Tetapi hanya mahkamah boleh membuat perisytiharan itu.

Ini samalah dengan pelbagai peraturan dan kerenah oleh pihak polis dalam pemberian permit untuk berhimpun, ujarnya.

Dalam laporannya Suruhanjaya DiRaja mengenai pasukan polis yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dzaiddin Abdullah mencadangkan supaya kuasa polis meluluskan permit perhimpunan awam dibatalkan. Ini kerana, Suruhanjaya itu mendapati pihak polis menyalahgunakan kuasa tersebut.

Tiada ulasan: