PAS bertekad untuk rampas semula Terengganu, bagaimana persiapan PAS dalam merealisasikan hasrat itu pada PRU 13 nanti?
USTAZ DATO' HARUN TAIB: Perancangan untuk merampas semula Terengganu telah berlaku lama sejak 2004 lagi, selepas daripada Terengganu dirampas semula oleh BN. Walaupun ia tidak berjaya tetapi rancangan itu diteruskan sampai sekarang. Jadi kita buat beberapa persiapan bermula tahun 2004, antaranya persiapan memperkemaskan peribadi dan organisasi PAS. Bermula tahun ini, kita mulakan satu langkah baru daripada persiapan peribadi sehingga menyerang BN dengan slogan yang digunakan di peringkat pusat iaitu "PAS ganti Umno". Mengapa PAS patut ganti Umno bukan sahaja di Terengganu bahkan di peringkat negara. Di peringkat negara PAS Pusatlah yang mengetengahkan hujah-hujah mengapa patut ganti Umno. Insyallah kita sudah mula bergerak untuk menyakinkan rakyat negeri Terengganu bahawa PAS mesti menggantikan Umno.
Apa persiapan yang telah dibuat sekarang?
Sekarang ini kita sudah menyerang. Kita menerangkan kepada rakyat tentang penyelewengan-penyelewengan yang dibuat oleh kerajaan BN Terengganu, ketidakupayaan Umno BN Terengganu memberi kesegaran kepada rakyat negeri itu. Ketidakupayaan Umno BN mengatasi apa yang mereka laungkan setiap tahun di dalam bajet iaitu membanteras kemiskinan. Namun sehingga sekarang tidak berjaya. PAS ganti Umno insyallah berjaya mengatasi kemiskinan rakyat negeri itu.
Soal membasmi kemiskinan terlalu fleksible, dan katakan PAS memerintah agak-agak berapa lama PAS mengambil masa untuk mengatasi masalah itu? Apakah dalam masa 100 hari?
Insyallah. Saya tidak berjanji dalam masa 100 hari, tapi dalam tempoh setahun kita berjaya mengatasi masalah itu,
Bagaimana Dato' melihat 'mood' rakyat terhadap pentadbiran Dato' Seri Ahmad Said sepanjang dua tahun pentadbiran beliau?
Rakyat ada dua keadaan memandangkan, ia ada dua pihak. Satu pihak menuduh Mat Said tidak pandai urus tadbir dan tidak tahu nak guna duit dan satu pihak yang lain dapat menerima Mat Said. Keadaan ini kerana bukan sahaja masalah peribadi Mat Said bahkan masalah dalaman Umno sendiri. Misalnya dalam kes royalti yang tidak dapat sepenuhnya, adalah masalah Umno sendiri. Di mana Umno pusat tidak mahu menjadikan royalti itu hak milik rakyat negeri Terengganu.
Dalam PRU akan datang, berapa kerusi yang disasarkan oleh PAS Terengganu?
Kita tidak kata, berapa kerusi yang kita sasarkan. Tetapi kita harapkan kita menang kerusi terbanyak. Berapa banyak kerusi yang cenderung ke arah PAS, ia adalah rahsia dan itu menjadi strategi PAS dalam PRU nanti.
Rancangan dan harapan PAS memang besar di Terengganu. Adakah hanya sekadar menerang seperti berceramah sahaja PAS boleh tawan semual Terengganu?
Menerang, memberi penjelasan dalam ceramah adalah perkara terbuka. Yang tidak terbuka kita tidak perlu ceritakan dan hebahkan kepada umum. Perkara yang kita jalankan adalah strategi kita. Kita di Terengganu, kerajaan Umno BN bersikap terbuka dan tidak menghalang kita berceramah. Tetapi pendekatan kita tetap sama iaitu ada permit atau tidak kita tetap berceramah.
Benarkah, dakwaan bahawa Ahmad Said lebih bersikap terbuka dengan PAS? Tidakkah dengan sikap terbuka beliau akan merumitkan PAS nanti?
Saya akui beliau terbuka sedikit dengan PAS, boleh bercakap dan berbincang dengan PAS. Ia tidak merumitkan, bahkan bertambah mudah untuk kita mengatur strategi.
Lagi mudah macam mana pula, sedangkan ia akan membuatkan PAS terhutang budi dengan BN di Terengganu...
Kita tidak terhutang budi tetapi kita ada perinsip perjuangan. Misalnya hubungan baik Nabi Musa dengan Firaun, tetapi dalam menjelaskan prinsip dan dasar nabi Musa tidak berganjak dengan prinsip perjuangannnya. Kita baik bercakap di luar tetapi semasa kita bersidang di dalam dewan tidak berubah dalam menyampaikan prinsip dan perjuangan kita.
Macam mana Dato' melihat gelombang kebangkitan rakyat Terengganu?
Di peringkat 'grassroot' rakyat bermuafakat sesama mereka, dan kata orang Terengganu..."tahun ini kita ubah (kerajaan) sekali". kadang-kadang ini bukan orang PAS sahaja orang Umno pun sama juga. Mereka mahu berubah kepada kerajaan PAS. Mereka mahu berubah atas dasar untuk menyelamatkan negeri Terengganu terutamanya soal kemiskinan rakyat negeri itu. Duit banyak tetapi tadbir tidak pandai akhirnya tidak berjaya menghapuskan kemiskinan. Rakyat Terengganu bercakap sesama mereka seolah-olah tidak mahu lagi pentadbiran yang sedia ada.
Peralihan pentadbiran kerajaan Terengganu daripada BN kepada PAS dan berbalik semula kepada BN. Ini menggambarkan 'mood' rakyat sentiasa berubah-ubah, bagaimana dengan pendekatan yang diambil oleh PAS untuk memastikan rakyat ini tidak mudah berubah?
Kita ada pendekatan yang kekal yang tidak pernah berubah iaitu mengajak rakyat Terengganu memahami Islam dan beramal dengan Islam. Ini adalah pendekatan yang tidak berubah-ubah. Yang berubah-ubah kerana berdasarkan kepada isu yang berlaku, ada rakyat kadang-kadang bosan dengan sikap pemimpin mereka. Bagi mereka susah untuk menjatuhkan satu-satu pihak melainkan menjatuhkan kesemuanya terlebih dahulu.
Bagaimana Dato' melihat janji 100 hari yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat?
Janji dibuat berdasarkan kita berupaya melakukan dalam 100 hari, berjaya jika sekiranya kita dipilih memimpin menjadi kerajaan di peringkat pusat. Berupaya dalam erti kata ada keupayaan menunaikan dari segi kewangan negara dan janji yang sebenar bukan untuk memikat hati rakyat semata-mata. Kalau tidak cukup duit sebagai mana tuduhan Umno, adalah itu alasan mereka dan cara kerja mereka. Kita tidak boleh menerima hujah mereka sebab kita ada cara kita tersendiri.
Atas kedudukan Dato' sebagai Ketua Dewan Ulama, apa usaha Dewan Ulama menarik ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS supaya perlahan-lahan masuk Islam.
Ulama daripada dahulu lagi menerangkan Islam kepada non muslim dan menerangkan Islam kepada orang Islam sendiri, termasuklah penerangan dan penjelasan kepada parti-parti politik yang bukan Islam. Kita sejak dahulu lagi secara aktifnya awal tahun 80 an, mula dengan perhimpunan melalui kelab-kelab perniagaan. Kita memang menerangkan Islam dari sudut akidah, bahkan politik iaitu keadilan Islam dalam semua hal dan alhamdulillah setakat ini kita berjaya.
Semasa kita memerintah Terengganu dalam setahun kita berjaya menarik orang bukan Islam yang menyokong PAS hampir seratus orang setahun. Saya ingat dalam tempoh kita memerintah dianggarkan dari segi purata hampir 500 orang berjaya diislamkan. Begitu juga dari segi kutipan zakat, bertambah meningkat dan kerajaan Umno BN hari ini meneruskan usaha kita semasa memerintah Terengganu. Yang penting kita kena banyak berkawan dengan mereka (non muslim).
Semasa kita memerintah Terengganu dalam setahun kita berjaya menarik orang bukan Islam yang menyokong PAS hampir seratus orang setahun. Saya ingat dalam tempoh kita memerintah dianggarkan dari segi purata hampir 500 orang berjaya diislamkan. Begitu juga dari segi kutipan zakat, bertambah meningkat dan kerajaan Umno BN hari ini meneruskan usaha kita semasa memerintah Terengganu. Yang penting kita kena banyak berkawan dengan mereka (non muslim).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan