KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 07, 2011

Ingatan kepada si hati busuk: Tuduhan "Anwar berzina" mesti disertakan bukti dan empat saksi

Apakah dengan imej gambar ini memadai untuk si hati busuk membuat tuduhan? mana bukti dan empat saksi?

Dewan Ulama PAS Pusat mengingatkan semua pihak agar jangan begitu mudah menuduh seseorang itu melakukan maksiat, lebih-lebih lagi jika tiada sebarang bukti kukuh. Apatah lagi, tuduhan tersebut disiarkan secara meluas di media arus perdana seolah-olah dakwaan zina yang dikatakan membabitkan pemimpin kanan pembangkang itu memang benar.

"Sewajarnya, orang yang mendedahkan tayangan video itu yang perlu disiasat, begitu juga yang menyebarkannya kerana belum tentu yang ditayangkan itu satu pertuduhan yang benar," tegas Naib Ketuanya, Dato' Dr. Mahfodz Mohamed. Foto kanan.

Mengulas lanjut, tambah beliau, orang Islam sepatutnya tidak boleh mengaibkan orang  lain, apatah jika tuduhan yang dibuat itu hanyalah fitnah yang membolehkan sesiapa yang membuat tuduhan itu boleh dianggap kesalahan qazaf.

Katanya, dalam hukum Islam, sesiapa yang membawa tuduhan zina perlu mengemukakan empat orang saksi sebagai satu bukti kukuh mengenai dakwaannya. Dalam kes tayangan video yang dikatakan pelaku itu adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dr. Mahfodz berkata hanya ada tiga orang yang melabelkan diri mereka dengan gelaran 'Dato' T' yang kononnya saksi.

"Tak cukup... kalau tuduhan itu tidak benar, mana-mana yang menuduh itu boleh dikenakan hukuman 80 sebatan.  Oleh itu, jangan senang-senang buat tuduhan untuk mengaibkan orang lain," tegas beliau.

Tiada ulasan: