KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, April 15, 2011

Jadi ulama kreatif macam 9 juta pengikut Twitter Lady Gaga yang luar biasa kreatif


Kreatif dalam kegiatannya antara penyebab bintang pop Lady Gaga menjadi orang pertama yang mempunyai pengikut di laman Twitter sehingga mencecah 9 juta orang. Begitu kira-kira, pandangan Weblog Ibnu Hasyim. Di London, Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan populariti penyanyi pelik itu telah mengatasi Britney Spears sejak Ogos lalu. Sebelum itu, kedua-dua bintang tersebut berkongsi kedudukan dengan 5.7 juta pengikut di akaun masing-masing.

Mula membuka akaun Twitter pada 2008, kemaskini status pertama Gaga memaklumkan dia sedang membuat latihan untuk klip video lagu Just Dance ketika itu. Menyusul di belakang Gaga adalah bintang remaja sensasi Justin Bieber dengan 8.3 juta pengikut. Sementara itu, lagu single terbaru Gaga iaitu Born This Way menduduki tempat pertama di carta Billboard Hot 100 dan tangga ketiga dalam carta di United Kingdom.

Lagu yang weblog Ibnu Hasyim bersetuju dengan stesen-stesen radio di Malaysia menyunting bagi mengelakkan kemungkinan berdepan tindakan larangan dari pihak berwajib. Lagu yang dinyanyikan oleh Lady Gaga itu, dikatakan memartabatkan kehidupan homoseksual. Sifat kreatifnya itu yang membantu kerjayanya.

Cuba bayangkan kalau ramai pemimpin-pemimpin dan ulama-ulama Islam kita mempunyai sifat kreatif yang tinggi dan dapat membantu kecemerlangan kerjaya masing-masing? Jadi ulama kreatif!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bersetuju dengan anda, ulama perlu berani lakukan perubahan

hussin berkata...

Menanti detik perpaduan
Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0416&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm0