Macam mana guru boleh berlambak-lambak terlebih? Tak ada unjurankah atau main politik untuk menang pilihraya sehingga sanggup membazirkan duit rakyat dengan lebihan ini...
Tan Sri Muhyiddin Yasin dinasihatkan menyelesaikan dahulu masalah lambakan guru opsyen Sains dan Matematik yang didakwa lebih 26,000 orang sebelum membuat apa-apa janji manis kepada rakyat Sarawak.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Menteri Pelajaran itu tidak perlu untuk menjadi 'raja temberang' dalam kempen Pilihan Raya Sarawak nanti seolah-olah beliau seorang menteri yang bertaraf dunia.
"Persoalannya bagaimana boleh terjadi? Kalau dengar ucapan Tan Seri Muhyiddin seolah-olah mutu dan pentadbiran Kementerian Pelajaran semacam bertaraf dunia. Sekarang beliau sibuk janji bermacam-macam projek di Sarawak sehingga sanggup mengatakan mereka yang menentang BN di Sarawak hantu dan jembalang.
"Beliau juga jangan jadi raja temberang pula sepanjang kempen di Sarawak. Kita akan tengok sekolah di Sarawak yang cukup dhaif dan tidak mempunyai kemudahan asas yang cukup menyedihkan," katanya.
Menurutnya, lambakan serius membabitkan 14,000 guru subjek Sains dan 12,000 guru Matematik itu menyebabkan mereka yang diarah mengajar opsyen lain tidak dapat menjayakan tugas dengan penuh semangat.
Mereka didakwa terpaksa mengajar pelbagai subjek lain, termasuk Pendidikan Jasmani dan Pengetahuan Agama Islam berikutan lebihan guru di sekolah di seluruh negara.
"Apa kerja Tan Sri Muhyiddin yang menjaga Kementerian Pelajaran? Kenapa beliau tidak arahkan buat unjuran setiap keperluan guru, sehingga berlaku lambakan guru Sains dan Metematik? Mungkin beliau tidak sempat memantau Kementerian Pelajaran kerana sibuk berpolitik dan menziarahi surau dan solat berjamaah di dalam negeri Selangor, sebagai operasi tawan Selangor," tambah beliau lagi.
Katanya lagi, ada antara mereka hilang motivasi diri dan begitu emosi untuk meneruskan kerjaya murni itu. Guru terbabit juga katanya mengakui, pada peringkat awal bersemangat mendidik pelajar untuk lulus cemerlang Sains dan Matematik, namun, selepas lima tahun mengajar subjek lain, mereka lemah semangat dan terpaksa melupakan cita-cita untuk bergelar guru Sains dan Matematik berwibawa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan