KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, April 04, 2011

Aktivis dilarang masuk Sarawak: Jangan jual undi anda dalam Pilihan Raya Negeri kali ini



Aktivis yang giat dalam gerakan sosial di Sarawak, Steven Ng dilarang untuk memasuki negeri tersebut - tiga hari sebelum hari penamaan calon pilihan raya negeri Sarawak. Tiada alasan diberikan tentang larangan tersebut kepada aktivis yang selama ini berulang-alik dari Semenanjung ke Malaysia Timur untuk terlibat dalam aktiviti di setiap lapisan masyarakat tempatan Sarawak.

Steven Ng pernah berkhidmat di bawah badan bukan kerajaan (NGO) Tenaganita. Beliau kembali ke Semenanjung Malaysia beberapa minggu yang lalu, dan bertolak ke Sarawak pada hari ini.  Tanpa dijangka, beliau dihalang di Lapangan Terbang Kuching, setelah mendarat pada jam 6.10 petang Ahad 3 April lalu.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Steven Ng berkata dirinya menaiki kapal terbang Firefly, bertolak dari KLIA dan beratur seperti biasa untuk pendaftaran selepas mendarat di Lapangan Terbang Kuching.  Setelah beliau menyerah kad pengenalan dirinya, pegawai dengan segera menyoal identitinya, dan membawanya ke satu bilik untuk dipertemukan kepada pihak atasan.

Selepas menunggu 10 hingga 15 minit, pegawai atasan tersebut memaklumkan Steven Ng bahawa beliau telah dilarang untuk memasuki sempadan Sarawak.  Meskipun Steven Ng meminta penjelasan, namun pegawai atasan tersebut memberitahu bahawa dirinya hanya melaksanakan perintah daripada pihak jabatan keselamatan, dan tidak tahu punca Steven Ng dilarang.

Tiada ulasan: