KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, April 12, 2011

Lawatan Najib dimalukan di Padungan: Kami taknak bendera, Kami mahu wang. Ini masa pilihan raya, awak selalu bagi wang masa pilihan raya!



Kempen pilihan raya BN Sarawak mendapat suntikan baru apabila Perdana Menteri menggempur kerusi panas Dun Padungan yang majoritinya pengundi Cina pada lawatan seharinya. Dengan dikawal rapi tidak kurang lima pengawal peribadi, Dato' Seri Najib Razak bersalaman dengan pekedai di sekitar pasar di Padungan yang sebelum ini dimenangi oleh KeADILan.

Namun, lawatannya yang diiringi oleh 150 ahli NGO 1Malaysia dan 50 jurugambar akhbar kelihatan sebagai satu lakonan untuk media daripada peluang bermesra dengan rakyat.

Walaupun, sebahagian besar pemilik kedai di sini gembira dapat bertemu seketika dengan lelaki paling berkuasa di negara ini, namun terdapat seorang yang berani mempersoalkan mengapa Najib hanya membawa bendera 1Malaysia untuk lawatannya itu, lapor Malaysiakini.

"Mengapa hanya beri ini (bendera 1Malaysia) kepada kami? Kami mahu wang. Ini masa pilihan raya, awak selalu bagi wang masa pilihan raya,” kata lelaki itu kepada Najib yang kemudiannya dengan segera dibawa beredar oleh pengawalnya.

Lawatan itu, termasuk ke sebuah rumah pangsa kos rendah, di mana 80 peratus penghuni Cina. Turut berada di lokasi yang sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.  Melihat kehadiran Setiausaha Agung DAP itu, penyokong Najib terus melaungkan '1Malaysia'.

"Saya di kawasan ini. Jadi sebagai tanda hormat, saya datang dan bersalam dengan Perdana Menteri. Kami hanya bersalam dan berbual seketika sebelum diganggu oleh suara mereka yang terus bersorak," kata Lim sambil tersenyum.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amazing blog! Do yοu havе any tіps fοr aspiring writers?
I'm hoping to start my own blog soon but I'm a little
lost on eveгythіng. Would you recommend starting
with a frеe platform liκe Worԁpress or go for
а paіd optiοn? There агe so many choіces out theге
that I'm completely confused .. Any suggestions? Appreciate it!

My site: payday loans

Tanpa Nama berkata...

Eхcеllent bеat ! I woulԁ like to apprentiсe
while you amend your sitе, how can i subscгibe for a
blog webѕite? The account aidеԁ me a acceptable deal.
I had beеn tiny bit aсquaіnted of this youг broadcast pгοvided bright
clеar concept

Look аt my weblog - payday loans