Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, April 02, 2011

Bob Lokman dalam Hi-Tea Pulut Durian di Kg Bandar Dalam Sentul, Ahad 3 April 5 petang

Bekas penulis lirik, pelawak, pelakon dan juri Raja Lawak 2010, Bob Lokman (gambar kanan) akan menemui anda di Kg. Bandar Dalam, Sentul dalam "Majlis Hi-Tea Maulidur Rasul Pulut Durian" pada Ahad, 3 April 2011 jam 5 petang di hadapan Rumah Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Tan Haji Ishak Surin.

Demikian kata Setiausaha PAS Kawasan, Dato' Ismail Yahya kepada Sanggahtoksago.Com sebentar tadi melalui sepucuk masej yang diSMSkan.

Katanya, sejak penyertaan Bob Lokman ke dalam PAS, peluang untuk bertemu dan beramah-mesra dengan beliau cukup terbatas kerana ruang dan masanya sarat dengan pelbagai program bertemu rakyat di seluruh negara. Di kesempatan ini, Ismail menyeru oarang ramai yang berkelapangan hadir ke majlis ini dengan mmebawa jirang tetanga, anak isteri bagi berkongsi idea dan pengelaman bersama Bob Lokman.

Majlis insyaallah akan dikelolakan oleh moderator Datuk Tarmizi Mohd Jam, Editor Harakah merangkap Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Batu.

0 ulasan: