KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, April 12, 2011

Terkejut dengan sambutan penduduk setempat: Seorang penyokong tegar BN anggap ceramah PAS 'macam orang gila'

Ustaz Salehuddin Nasir menceritakan "serangan" penyokong BN itu kepada Sanggahtoksago.Com

Pimpinan PAS Selangor menerima tamparan hebat daripada penduduk kampung Putin yang memberi amaran supaya menghentikan ceramah kerana didakwa menganggu keselesaan orang kampung. 

Seorang penduduk kampung yang hanya memakai seluar pendek tanpa berbaju meluru ke arah Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir memberi amaran supaya menghentikan ceramah dengan segera. 

Menurut Ustaz Salehuddin, penduduk yang tidak dikenali itu berkata, "Ini Sarawak bukan Semanjung. Kau berceramah macam orang gila macam mahu sampai ke bulan." 

"Penduduk tanpa baju itu berlari dan terus menerpa saya supaya hentikan ceramah," katanya. Turut berceramah di bilik Gerakan PAS malam itu, Naib Presiden, Salahudin Ayub; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu.   

Bagaimanapun, beliau sudah bersedia dengan keadaan seperti itu dan menganggap ia merupakan peristiwa Semanjung yang sudah menular ke Sarawak. 

"InsyAllah ini merupakan petanda positif bagi perjuangan PAS kerana orang kampung memberi tindak balas apabila adanya ceramah pimpinan PAS," katanya. Penduduk tersebut ditarik oleh Unit Amal dan jentera PAS Sarawak keluar daripada kawasan tempat ceramah. 

Tiada ulasan: