KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, April 06, 2011

Bakar akhbar Utusan, Kosmo dan TV3 di Dataran PAS Taman Melewar Ahad 10 April bersama Cikgu Azmi, Cikgu Mala, Cikgu Ishak dan Mankadir Shamsi

PAS Kawasan Batu mendesak agar Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Kosmo dan  Pengerusi Media Prima (TV3) meletakkan jawatan bagi menyatakan rasa tanggungjawab sosial terhadap rakyat ekoran penyiaran gambar dan cerita lucah kononnya membabitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim hanya berdasarkan mirip wajah yang serupa.

"Akhbar Utusan dan Kosmo juga TV3 yang diketahui umum memihak Umno-BN seolah-olah menjadi agen penyebar gejala sosial. Bahkan mungkin mereka menganggap semua ini sebagai budaya mereka dan tiada apa yang hendak dimalukan lagi," kata Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Datuk Tarmizi Mohd Jam (gambar kiri).

Sehubungan itu, PAS Kawasan Batu akan membakar akhbar tak rasmi Umno - Utusan Malaysia dan Kosmo serta TV3 sebagai simbolik protes di perkarangan Dataran Markaz PAS Pusat, Taman Melewar pada malam 10 April 1011, Ahad sempena ceramah rakyat "Fitnah Umno-BN kian melampau-lampau".

Slot ini akan disempurnakan oleh Pengerusi Saf Anti Fitnah (SAF) Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid yang juga Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), bekas calon PAS PRK Dun Tenang, Cikgu Normala Sudirman, Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin dan pelakon filem "Hantu Mak Limah Pulang" Pak Jabit atau L. Man Kadir Shamsi juga wakil AMK. 

Katanya, orang-ramai yang prihatin dijemput hadir dengan membawa sanak saudara, jiran tetangga ke majlis ini agar kebiadapan media kongkongan Umno-BN binasa semahu-mahunya. 

Tarmizi percaya perbuatan yang dilakukan pihak tersebut dibuat tanpa sebarang larangan pihak berkuasa seperti Polis.

"Mana menteri, mana polis nak tangkap orang yang buat benda ini kerana bukankah hal ini masih lagi dalam siasatan?" soalnya penyiaran gambar video seks tersebut secara terang-terangan di akhbar Utusan dan Kosmo, bukan sahaja salah tetapi media terbabit sudah bertindak sebagai agen penyebar gejala sosial.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha PAS Kawasan Batu, Datuk Ismail Yahya  (gambar kanan) kesal dengan tindakan pihak Polis yang tidak bertindak terhadap penganjur penayangan video seks di Hotel Carcosa Sri Negara, 4 April lalu.

Beliau juga kesal, Polis sekali lagi seolah-olah merestui tindakan cyebertrooper BN-Umno yang  memain dan memutar belitkan isu video seks ini secara terbuka melalui blog-blog mereka malah Ismail yakin, tiada tangkapan dibuat terhadap penyebar video seks berkenaan melalui youtube.

18 ulasan:

Bakor berkata...

dlm youtube tu tak ada adengan sek pun, yg nak melatah tu buat apa ?

syamsul berkata...

ala masa CSL dulu tak de pun diorang menyalak mcam anjing....bila masa diorang kena dah mcm anjing menyalak bukit dah.....

Adoi Anee berkata...

Pelik aku tgk budak yang cakap bukan Mr Y. Okay fact1: Muka same, Fact2: Perut boroi? Ade ke perut die boroi 360? Umur MR Y da 63 beb, korang expect ape? Fact 3: Video ni time february, lagik tak kalo time tu die lebih berisi? Fact 4: Muke time kuar toilet beza, tu sbb cahaya. Kalo korang perhati, ade cahaya ijau kat pintu depan ngan pintu toilet waktu dibukak. tu bukan superimpose.. tu sbb cahaya, sbb org yg record ni tau Mr Y kalo wat keje mesti tutup lampu. Bab perut tu, kalo korang tak caye cube cari gambar Mr Y yang lame sket, ade chubby sket x? Pikir gune otak la. Nampak sgt x cerdik

Tanpa Nama berkata...

satu kebodohan org melayu yg ditunjukkan ahlul2 pas..gi mana la nak maju org2 pas ni..belum apa2 dah melenting..repot la kat polis kalau benda tu fitnah..tu belum lagi keluar gambar adun selinsing ngetot..mau dunia dibakar..belajar2lah menerima qada dan qadar dgn apa yg berlaku..niat solat hajat jadah pas telah ditunjukkan oleh ALLAH..pakailah otak woii ahlul pas..

Tanpa Nama berkata...

dengar2 org pas ni malas kerja ke...tapi kalau bab cam ni serahla kat dia org..betui ke

Tanpa Nama berkata...

Belilah utusan 10 treler dan bakar, bagi tau dulu suruh utusan cetak byk2. Untung juga. PAS benar-benar telah menerima laknat Allah.

Ahmad Zack berkata...

PAS ni sokong membabi-buta, kerana mahu kalahkan UMNO sanggup membenarkan apa sahaja yang BABI buat, PAS sepatutnya perjuangkan Islam sebenar & kebenaran...

Tanpa Nama berkata...

kita bakor jer...kita bakor..

otaion berkata...

HAHAHA.. DEPA LEBIH MENYALAK DARI KITA BERBANDING bila kita yang kena!! sudahlah TOGHUT2.. teruskanlah beramal dan berdakwah secara baik.. bukan hambur sana sini.. nak berdakwah bukan menegakkan tentang video seks macam gini,,

Tanpa Nama berkata...

pas dah memang bodo...kalo buat mcm ni nampak sgt bingai... anwar bersuara pun tak, yg dok melompat beruk2 mat nyeh ni.....pas oh pas...

Tanpa Nama berkata...

eh dalam akhbar tu xda cakap nama anuar pun?? bila lak ada fitnah??
pelik, pastu clip video tu xda adegan lucah pun ?? lg 1 dalam akhbar tu xda pun tunjuk adegan lucah, nak pi bakar watpa? pelik.. jgn duk kelam sgt la sedara, xda pape pun duk kelam kabut, awat sampai nak bakar.

Tanpa Nama berkata...

kosmo, utusan, tv3 bukan tunjuk gambar lucah pun alahhh lagipun sekarang gambar lucah dibenarkan. trio datok t tak kena tangkap pun. umi hafilda ada 16 video lucah pun polis tak siasat pun. sekarang 1 malaysia bebas siar bahan lucah.. yeah kita setanding amerika.. hidup malaysia...

Tanpa Nama berkata...

org lain yg sedap baham china doll, org lain plak yg terkinje-kinje nak pertahankan dia. dah mcm beruk matyeh puak2 pas-pis-pus ni. akai letak kat bontot ka..! cuba layan lagu pas-pis-pus kat youtube, baru hang tahu taraf hang kat mana dlm PR.

Tanpa Nama berkata...

kenapa nak marah2 orang nak bakar utusan fitnah tu? ada sahamkah? biaq lantak la depa nak bakar ka nak sumbar dalam jubuq mak bapak hang ka... dah nasib akhbar piscisan gitu. nak buat camna...

Tanpa Nama berkata...

Kalu betui itu Mr Y kenapa tak seret je ke mahkamah syariah? Bawak bukti dan saksi 4 orang... yang dok cetak kat akhbar fitnah tu kenapa? nak suruh rakyat jadi hakim kepala lutut hang? nampak sangat dah terdesak umno susu busuk nih!

Tanpa Nama berkata...

kesian umno. konspirasi tak menjadi. yang jauk2 umno karat merah ni sibuk pasai apa. pegi londehlah soi lek yang buat video lucah jugak keluarkan dari BN. kalu dah rasa diri tu bersih sangat... pastu buatlah demo minta siasat siapa bunuh altantunya dan siapa yg rogol amah tuh. macam rahim tamby dulu... undur sebab jaga maruah.

Tanpa Nama berkata...

Juak2 umno terus jadi "babi hutan" tebas tebang pokok bagi penyamun senang samun hak dan harta rakyat. Dulu kini dan selamanya, umnolah yang khianat kepada orang melayu bukannya MCA atau MIC. Umno... tak tahu ka Umno...

Tanpa Nama berkata...

bukan masalah heboh atau bising atau salak bukit. isunya ada unsur2 konspirasi. siapa yg boleh buat konspirasi macam ini? Cuba bagi tau kalu cerdik sangat? kalu bukan konspirasai polis boleh bekerja secara profesional. tangkap datuk t sebab tayang video lucah di khalayak awam. tangkap syaitan2 blogger yang cari makan dgn umno yang siar dan putarbelit video. tangkap juga editor dan tuan punya utusan, kosmo da tv3. apa macam.. hahahhaha