KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, April 07, 2011

Najib ada berani ka tubuh Suruhanjaya Diraja untuk Altantuya, Port Dickson, Teoh Beng Hock dan kes mati Kastam


Kalau nak ada, adakan lah. Tetapi sebelum itu, adakan juga RCI (Suruhanjaya Diraja) menyiasat mengenai Altantuya, Port Dickson, Teoh Beng Hock dan kes Kastam

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengketepikan cadangan sesetengah pihak khususnya BN dan Perdana Menteri yang mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan pembabitannya dalam sebuah video seks. Katanya, tindakan itu hanya membazirkan masa.

"Kalau nak ada, adakan lah. Tetapi sebelum itu, adakan juga RCI (Suruhanjaya Diraja) menyiasat mengenai Altantuya, Port Dickson, Teoh Beng Hock dan kes Kastam," katanya dalam satu wawancara tergesa-gesa sebelum bergegas ke mesyuarat lain di Shah Alam, lapor Malaysiakini.

Anwar merujuk beberapa kes termasuk pembunuhan ngeri model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, yang telah menimbulkan pelbagai persoalan yang turut didakwa berkaitan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Tidak jelas ketika Anwar merujuk kes Port Dickson, ia adalah kaitan dengan sebuah kes khalwat pada sekitar tahun 1990-an yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan Umno yang kini memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.

Kes Kastam pula merjuk kematian penolong pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), semalam. Kematian Sarbani adalah yang kedua membabitkan SPRM. Kes pertama melibatkan pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock yang jatuh dari tingkat 14 pejabat suruhanjaya itu di Shah Alam pada 2009.

Anwar bagaimanapun sempat menambah bahawa kes pembunuhan Altantuya sepatutnya diberi keutamaan. "RCI mengenai Altantuya akan menentukan cerita sebenarnya,” katanya merujuk kepada siasatan hambar yang dijalankan berhubung kematian model warga Mongolia itu.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SIASAT DULU KES VIDEO TU , BIAR SURUHANJAYA BEBAS BUAT KERJA KENAPA PULA HARUS HALANG DARI TUBUH SURUHANJAYA BEBAS TU, TAKUT TERDEDAH KE, TAKPE MEREKA BUKAN TGK YG KAT YOUTUBE TU JE TAPI KESEMUANYA. KITA TUNGGU YE

leekonyou berkata...

orang kampong yang bodoh pong tau kalau takut BERSUMPAH dengan nama ALLAH SWT tu tandanya sah ........

Tanpa Nama berkata...

Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk kes-kes besar melibatkan kepentingan nasional bukan kepentingan UMPORNO, nak komen guna kepala atas jangan kepala bawah, suka sangat lah puak UMPORNO pasal sex nih. Kan dia dah kata kalu nak tubuhkan juga silakan tapi patut utamakan kes Altantuya yang melibatkan hubungan dua kerajaan dan keterlibatan agensi dibawah kerajaan. Bab sumpah nih pun satu hal kan Anwar dah setuju kes dibawa ke mahkamah Syariah, dalam perbicaraan nanti hakim akan tentukan lah kalu perlu kepada sumpah.Tapi puak bengap UMPORNO nih bijak tak boleh ikut bengap tak boleh diajar, balik mengaji dulula lepaih tu baru mai komen kat sini ye.

Mamu hang

Tanpa Nama berkata...

Anwar dah bawak tuduhan qazaf ke mahkamah syariah tetapi sehingga diberi tempoh seminggu untuk membentangkan kes, beliau tetap tidak kelihatan. Suruhanjaya blh ditubuhkan jika melibatkan kepentingan nasional termasuk dlm kes ketua pembangkang. Beliau adalah calon paling hampir menjadi PM. Mahukah rakyat malaysia berPMkan org yg tidak diketahui asal usulnya?

Tanpa Nama berkata...

Betoila dia bakal PM, tapi bagaimana pula yang tengah jadi PM, mana lebih utama. Kena bezakan lah antara maksiat dan jenayah. Nama PM dan pegawai disebut semasa perbicaraan tapi tak di panggil, itu sebab kita memerlukan suruhanjaya supaya ketelusan dan kebenaran boleh di didapati.

Mamu hang

BIG BOY BIG KID berkata...

PADA tahun 1968, FBI menggunakan video yang dikatakan perbuatan lucah pemimpin gerakan rakyat Martin, dan ingin disebarkan ke semua akhbar, tahukah apakah hakikatnya?

Semua akhbar, tak kira Washington Post, New York times, mahupun akhbar tabloi(kecil)pun tak mahu siarkan berita itu.

Saksilah insiden ini dan kerana moral akhbar USA pada 1968 sudah tidak ingin diperalatkan oleh FBi dan pemerintah masa itu.

Apa terjadi di Malaysia, pada 1988, akhbar dan media massa, stesen TVm radio yang diperalat, dikawal ketat oleh BN telah menyiar dan hebohkan kes liwat ketua pembangkang.

Kejijikan dan kejahatan media massa dan BN amatlah jelas...why in 1968 USA journalism dan press already refused to do such dirty things but has been aggresively done in Malaysia journalism and press, TV and radio.

Very shameful and should be a good thesis and study of all professors and university students, researchers!

BIG BOY BIG KID berkata...

Insiden Pemimpin gerakan rakyat Martin yang dianiayai oleh FBI dan pemerintah USA masa itu amatlah mirip dengan penganiayaan dan konspirasi pada pemimpin pembangkang Anwar!

kajiaan pada Conscience of press in 1968 in USA dan kejijikan akhbar dan media massa Malaysia pada 1998, bolehlah menjadi satu kajian dan kupasan yang amat penting, berharga kepada generasi ini dan akan datang.

Kajilah dan belajarlah sejarah penganiayaan dan konspirasi FBI pada martin dan kita akan mengetahui kenapa ada bekas Kepolzal--ketua polis zalim yang menghantam anwar hingga mata pun bengkak dan tidak hairanlah kita melihat kejadian mati tanpa sebab pada Teoh Beng Hock dan Pegawai kanan Kastam Melayu mati baru-baru ini!

Penganiayaan dan konspirasi harus dijadikan kursus pengkajian dan bahan tesis untuk semua anak muda!

BIG BOY BIG KID berkata...

Kerajaan P.Pinang, Selangor harus sediakan "Dana Tesis dan Kajian Sosio-politik Dr. Burhanuddin " untuk mengenangkan jasa dan sumbangan Bapa Pejuang Malaysia dan Bapa Kemerdekaan Malaysia serta Pejuang menentang kolonisme, iaitu bekas Yang Dipertua PAS Dr. Burhanuddin.

Kajian, penulisan, artikel dan tesis yang baik, akan diberikan satu hadiah dan anugerah, setiap RM1000--3000, juga galakkan mahasiswa menceburkan dalam penulisan kreatif yang membongkarkan sejarah yang benar dan bukan hanya berpusat dan ampu-ampu UMNO sahaja. Sejarah pesong sudah banyak membisakan minda generasi--inilah dikatakan pembisaan ala Utusan jijik!

UBAH, UBAH, sudah tibalah masanya, kita semua menulis, mengkaji sejarah yang benar, tulen dan tanpa ampu UMNO.

BIG BOY BIG KID berkata...

Kita perlukan banyak penulisan, kajian, kupasan dan segala yang dalam bentuk, tulisan, elektronik, simpanan rekod yang boleh menunjukkan sejarah yang benar.

wawancara dengan orang tua, pemimpin yang masih ada, tibalah masa adakan dokumentasi dari semua, dari PAS, Pakatan Rakyat, dari semua di sabah,Sarawak, catatlah sejarah, dirikan pusat sejarah dan muzim mengenangkan bekas Yang Dipertua PAS Dr. Burhanuddin dan ramai pemimpin sejarah yang lain (bukan apa yang dilihat kini, hanya ada UMNo dan dominasi UMNO sahaja, amat memesong dan menyelewangkan)

Muzim dan pusat sejarah mereka yang berjuang menentang kolonisme(kecuali UMNO, MCA dan MIC yang menjadi kuncu kolonisme) harus dibina pesat di setiap bandar besar dan pekan, di kelantan, di Selangor, di Pinang....

UBAH , bermula dengan penulisan dari kita semua, kajian dari semua, dokumentasi sejarah dan dari segala aspek yang jitu.

sejarah yang bukan didominasi dan dipesong oleh pengampun kolonisme UMNO, MCA, MIC lagi! satu sejarah rakyat jitu yang boleh dipercayai dan dipersembah dengan lebih perspektif, berbagai aspek dan tranparensi, membuka dan bukan hanya branding untuk UMNO!

Tanpa Nama berkata...

Ӏ am aсtuаlly delightеd to reaԁ thiѕ website posts ωhich сonsіsts οf lοtѕ
of helpful dаta, thanks fоr pгoviding theѕe statistіcs.


Feel free to surf to my blog :: payday loans

Tanpa Nama berkata...

Greetings! Very useful adѵice ωithіn this article!

It's the little changes that will make the most important changes. Many thanks for sharing!

My web site ... short term loans