KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, April 08, 2011

Kayakan negeri, pelihara tanah rakyat: Taib Mahmud perbodoh pengundi Sarawak, tiada Najib atau Muhyiddin iringi istihar manifesto


Main wayang lagi. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud syok sendiri apabila menjanjikan kepada pengundi untuk menjadikan Sarawak negeri yang kaya. Beliau lupa, Sarawak sememangnya sudah kaya raya dan ini dibuktikan dengan kekayaan menggunung beliau anak beranak.Apakah rakyat buta mata dan pekak badak dengan kekayaan Taib Mahmud itu?

Pengumuman manisfesto BN yang hanya dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak itu tanpa kelibat pemimpin kanan BN lain. Tiada Muhyiddin Yassin, malah tiada juga Najib Tun Razak.  Taib Mahmud berkata kerajaan negeri juga akan menjamin "hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara" sebagai aia batu untuk menyejukkan hati rakyat yang kian meluap-luap marah dengan pemimpin tua itu.

Manifesto sembilan teras itu diumumkan sehari selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya Sarawak yang dijadualkan pada 16 April ini. 
Antaranya menggariskan:
> Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik.
> Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan miskin dan kurang bernasib baik.
> Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahaan sentiasa dipertingkatkan.
> Memelihara alam sekitar, budaya waisan da kepercayaan semua kaum.
> Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua.
> Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua.
> Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita.

Dengan tagline "Bersama Memajukan Sarawak: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" antara topik yang diliputi adalah tadbir urus yang baik, pengurusan alam sekitar, peluang perniagaan dan pekerjaan di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), pendidikan, pembaharuan pajakan tanah dan hak milik tanah.

Rakyat terus di "gula-gulakan" dengan janji palsu mengenai kemudahan jalan raya, bekalan air dan elektrik di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara, usaha kerajaan BN untuk membasmi kemiskinan dan menyediakan kepada golongan kurang bernasib baik. 

Turut hadir pada majlis pelancaran itu isteri Taib, Puan Sri Amar Ragad Kurdi Taib, Menteri Kewangan negeri Datuk Sri Wong Soon Koh, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah, dan calon BN bagi kerusi Nangka Dr Annuar Rapaee. 

Pada sidang media, selepas pelancaran itu, menteri pembangunan tanah negeri dan juga presiden PRS, Datuk Seri James Masing menafikan adanya motif tersirat di sebalik ketidak-hadiran pemimpin kanan BN lain pada majlis itu.

Sementara itu di Kota Semarahan, PAS menyifatkan sembilan teras dalam manifesto BN Sarawak yang dilancar itu sebagai 'meratib lagu lama' yang gagal dilaksanakan. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub  pula menyifatkan manifesto tersebut tidak lebih untuk cuba memperbodoh rakyat negeri Sarawak ke sekalian kalinya bila tiba musim pilihan raya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

сοnstantlу i used to гead smаller сontent thаt аlѕο cleаr
their motiνе, аnd that iѕ also happеning with thiѕ paragraрh which I am readіng at this plaсe.



mу website :: payday loans