KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, April 06, 2011

Satu lagi jerat Umno-BN dalam Suruhanjaya DiRaja siasat pelakon video seks Datuk T


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi membersihkan nama BN berhubung isu video seks. Katanya, cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya itu kepada Kabinet Jumaat ini, setelah pelbagai fitnah dan adu-domba dilagangkan melalui medai kuasaan Umno-BN dan sesawang youtube.

Semalam, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video berkenaan dan menimbulkan kemungkinan ia didalangi oleh BN.

"Wan Azizah tidak cekap bagi kenal pasti (lelaki dalam video) kerana ia pasangannya," kata Nazri sambil menambah terdapat percanggahan kepentingan dalam perkara tersebut. BN, menurutnya perlu bertindak segera bagi mengelakkan spekulasi orang ramai berhubung video seks berkenaan. Tetapi dalam banyak keadaan BN hanya sekadar membiarkan sahaja Datuk T menayangkan video tersebut di Hotel Carcosa Sri Negara di Ibu Negara, 21 Mac lalu.

Malah, Nazri yang sama, mengulas tiada undang-undang yang boleh menangkap atau mendakwa mereka yang menayang video seks tersebut kepada editor media utama di negara ini.

"Apabila dia (Wan Azizah) keluar kenyataan, saya berpendirian perkara ini tidak boleh terhenti di situ sahaja kerana jika tidak dijawab oleh kerajaan dan tidak diadakan Suruhanjaya Diraja, kerajaan akan dituduh terbabit," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.

Tiada ulasan: