KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, April 08, 2011

Yalah Malaysia bukan Korea atau Jepun: Abu Kassim tidak perlu letak jawatan kata Nazri Aziz


Jika kejadian ngeri ini terjadi di Jepun atau Taiwan, Korea atau Hong Kong sudah pasti ketuanya akan letak jawatan. Sebagai mengambil tanggungjawab dan melicinkan lagi proses siasatan. Tetapi hal ini lain di Malaysia. Jatuhlah berapa ramai dan mati tergolek, terlentang, tertiarap dan tergeliat,  tak siapa akan meletak jawatan malah aka ada orang atasan yang pertahan.     

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed tidak perlu meletak jawatan walaupun terdapat desakan untuk berbuat demikian manakala operasi 3B yang sedang dijalankan SPRM akan diteruskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

"Kita tidak jangka benda ini hendak berlaku dan itu juga bukan kehendak SPRM. Jadi saya tidak setujulah kalau desakan untuk Abu Kassim letak jawatan kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan beberapa pihak agar kerajaan mengambil tindakan sama ada meminta Abu Kassim meletak jawatan atau menggantung tugasnya sebagai mengambil tanggungjawab atas kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed, 56 yang ditemui mati di Tingkat Satu, Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini.

"Yang penting Ops 3B akan terus berjalan dan tidak akan terhenti. Kita tidak hirau kalau ada mana-mana pihak nak berdemonstrasi. ...apa yang penting duit yang hilang yang disabitkan aktiviti oleh sesetengah kakitangan Kastam yang tidak betul menjalankan tugas kita akan ambil tindakan," katanya.

Ditanya bentuk tindakan yang boleh dikenakan ke atas mana-mana pegawai kastam yang menyertai demonstrasi itu, beliau berkata pihak berkuasa akan bertindak tanpa mengira sesiapa sekiranya didapati melanggar undang-undang.

Dalam perkembangan lain, Nazri turut menerima dua memorandum daripada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendesak kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video aksi seks melibatkan pelaku mirip pemimpin pembangkang.

Tiada ulasan: